Memaparkan catatan dengan label Diriku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diriku. Papar semua catatan

Doa HaRi LaHir UntUk Ku




Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.



~@ 2011 @~


Sedar tak sedar, kini kita sudah di tahun 2011.. pejam celik pejam celik..sekejap saja rasanya, usia makin bertambah, dari nombor sikit menjadi semakin banyak.. 2011.. Tahun baru yang telah pun diraikan oleh pelusuk dunia.. Welcome 2011..biarpun terlewat, namun rasanya masih tak terlambat.. apa-apapun... apa azam baru tahun baru ni yer.. hehe.. me? for sure ada.. yang penting..usaha untuk mencapai azam dan matlamat kita itu..



hehe

Sedihnya...


Pagi tadi bila aku dapat tahu saja keputusan pertukaran tempat mengajar, mood aku down habis..nak buat kerja pun dah tak ada feel. sedih, kecewa dan macam-macam perasaan yang ada dalam hati aku ini. apatah lagi bagi suamiku. ni dah 2x aku mohon pertukaran, tapi ianya bukan milik aku.. kali ke 2.. aku rasa dah give up.. orang cakap nak minta di kelantan memang susah, tapi nak keluar dari kelantan..memang senang, tapi aku..!kenapa la susah sangat nak keluar dari kelantan ni? huhu... aku tak tahu..aku tak tahu.. kasihan suamiku..!

ujian-ujian Mu ini sukar untuk ku tempuh.. aku tidak tahu bagaimana dengan suamiku.. namun aku tetap tempuhi segala ujian-ujianMu dengan hati yang tabah dan penuh redha.. Ya Allah..Kau kuatkanlah iman kami, janganlah Engkau biarkan hati kami bersedih.. Kau berikanlah kami ketabahan agar kami dapat menempuh segala cubaanMu dengan sebaik-baik iman.. amin..


sob..sob...sedihnya..huhuh



hehe

INCOMPLETE


Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya ruang hati
Tak ada seorang pun mampu menjawab..

Hanya padaMU ku bertanya
Pada setiap sujudku ini
Siapakah dia cinta untukku..

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah kerana luka mendalam
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku..

Rahsia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mahu sepi sendirian
Tuntun hatiku dalam sabar menanti cintaku..

Rahsia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mahu hidup keseorangan
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu..



hehe

PIALA MALAYSIA 2010 MILIK KELANTAN


Alhamdulillah..syukur...syukur..dengan rahmatMu Ya Allah..

Selama ini aku tak berminat dan tak pernah melihat perlawanan bola sepak,
mana-mana perlawanan aku tak pernah nak tengok..
namun malam ini, Kelantan vs Negeri Sembilan..
menggamit hatiku untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia di kaca tv.
inilah kali pertama aku menyaksikan perlawanan bola..
Astro Arena ku buka..
bersama abah dan ma, aku menonton..
dari detik separuh masa pertama ku tonton..
agak perlahan rentak pemain Kelantan menentang Negeri Sembilan..
gol pertama di mulakan oleh Negeri Sembilan..
namun pemain Kelantan tidak patah semangat..
mereka bangkit di masa kedua..
asakan demi asakan diberi..
akhirnya gol pertama dapat dimiliki..
serangan demi serangan dihantar oleh pemain Negeri Sembilan..
namun dapat dipatahkan pemain Kelantan..
semangat mereka belum lagi luntur..
bertubi-tubi Kelantan menyerang..
dan nah... 2-1...
kemenangan menjadi milik Kelantan, Red Warriors..
sejarah kini tercipta, The Red Warrior dapat menjulang Piala Malaysia...
Tahniah aku ucapkan kepada pemain-pemain Kelantan..
pasukan Red Warrior..
Alhamdulillah..sujud syukur padaMu ya Allah..
Red Warrior,
kaulah wira kebanggaan kami rakyat Kelantan..
TAHNIAH...
ALLAHUAKBAR...!





hehe

Kau dan Aku, masihkah ada cinta untukku..?




Tatkala aku memandang langit..
Hujan mula turun membasahi bumi..
Matahari pula berlindung dibalik awan..
Tiada lagi cahaya mentari..
Menyinari menyuluh alam bumi..
Yang ada hanyalah kelam..
Titisan hujan menyapu daratan..
Tinggallah aku sendirian..
Mencari secebis kasih cinta Sang Pencipta..

Jauh aku berkelana..
Bersama hujan bersama taufan..
Berjalan tanpa ku berhenti melangkah..
Biar kaki tersandung hebat..
Namun bangkit semula..
Biar darah mengalir laju..
Sakit ku tahan..
Demi menyusur jalanMu yang ku damba..
Mengharap sinar kembali ku temu...

Namun hujan terus menitis..
Sesekali lebat bersama kilat..
Terkadang ribut melanda kuat..
Namun kaki ku gagahi mengorak langkah..
Walau tersungkur di tengah jalan..
Takkan kembali berpatah pulang..


Masihkah ada harapan..
Masihkah ada sinar..
Masihkah ada ruang..
Sang mentari untuk kembali menyinari alam..
Bersama kasih Mu..
Bersama cinta Mu..

Masihkah ada harapan..
Masihkah ada cinta Mu untukku..
Bawalah aku.. Terangilah aku..
Dengan cahaya kasihMu itu..

Hentikanlah hujan..
Hentikanlah taufan bersama ribut..
Serlahkanlah Si Pelangi..
Menyeri angkasa..
Harapan untukku..
Kerna cintaku tetap padaMu..




hehe

Sekian Lama...







Assalamualaikum...

Sudah lama aku tidak ber-blogging.. sudah berbulan-bulan jugalah aku tidak menjenguk ruangan aku di alam maya ini.. apalah nasib.. mungkin sibuk dengan tugasan di sekolah sehingga aku lupa pada blog aku yang kiut-miut ni.. ceh..perasan lak..('',) ehehe.. biasala aku ni.. masuk dalam bakul, angkat sendiri..huhu..biasalah, kan kan..



Di sinilah tempat aku meluahkan apa yang tersirat dan yang tersurat dalam hati aku ni.. yang kecik, yang besar.. jika aku ingin luahkan..di sinilah tempatnya.. aku tak kisah ada orang baca ke tak.. asalkan aku dapat luahkan biarpun pada alam maya ini.. jika tak.. aku simpan dalam hati..tak kirala sampai bila pun..aku tetap kan simpan.. adakalanya sampai aku terlupa apa yang telah aku simpan dalam hati ni..(dah berkulat kot..hehe)..

Aku terharu hari ini..nak tau kenapa.. sebab ada juga la orang tu yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.. siang tadi dia bagitahu aku..yang dia ada baca blog aku ni dari awal2 aku tulis di sini...ribuan terima kasih aku ucapkan pada kamu,kerna membaca blog ini dan menyedarkan aku bahawa sudah lama aku tidak meng'update' blog ni.. syukran jazilan ya ustaz A...

Sudah setahun aku mengajar di sekolah ini... pelbagai pengalaman yang aku kutip..pelbagai kerenah manusia yang aku alami..(sebelum ni aku bolehla di anggap katak bawah tempurung..huhu) dan aku belajar mengadaptasi dengan masyarakat.. organisasi..dan juga keadaan sekeliling.. aku berjaya mengatasi beberapa kelemahan aku.. nak tau.. salah satunya.. aku ni seorang yang amat pemalu sebenarnya.. sebelum ni nak jalan aku kontrol langkah, nak makan depan ramai-ramai aku kontrol..tersipu2.. hua hua hua.. dan sekarang aku sudah dapat atasinya..

Alhamdulillah.. aku sudah pun lulus temuduga pelantikan ke jawatan tetap dan sudah pun dapat surat pengesahan pelantikan jawatan tetap.. untuk pengesahan penjawatan...aku perlu menghadiri kursus induksi.. itu je yang aku tunggu sekarang ni. hati senang la sikit.. kerana sudah terjamin masa depan aku. namun masih ada yang menyedihkan aku.. sedih kerana aku masih lagi berjauhan dengan suamiku.. huhu.. sedih yang teramat apabila permohonan pertukaran aku tidak diluluskan.. kini, kali ke-2, aku memohon.. aku harap sangat kali ini permohonan aku dipertimbangkan sewajarnya..dan diluluskan.. mudah-mudahan.. Moga Allah mengizinkan aku dapat bersatu kembali dengan suamiku..



Corat-coretku sampai di sini dahulu.. Akan ku ber-blog lagi di lain masa.. Jumpa lagi.. daaaa



hehe

Setahun Usia Kita



Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah..
di atas segala rahmat dan berkat Mu..
Kami bahagia..
biarpun berjauhan..
dan sering merindui
tetapi semua ini mengajar kami
erti kesabaran dan keredhaan..
Sudah setahun usia kami bersama
dalam melayari alam rumah tangga..
pahit dan manis kami kecapi bersama..

Ya Allah..
Indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimahMu yang suci..
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-MU..
Jadikanlah mereka ya Allah, teladan yang baik bagi manusia..
Penuhilah kami dengan amal soleh yang Kau Redhai..

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan...
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahayaMu..
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi...

Ya Allah.. Kurniakanlah kepada kami dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohanan...

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.

Amiin…






hehe

Lonely


sejak akhir-akhir ni mood aku sering berubah-ubah.. kadang-kadang rasa tension sampai rasa kepala ni nak meletup jer..dan right now aku rasa lonely sangat.. nak nangis di bahu seseorang.. nak ada orang yang pujuk aku.. tapi si dia plak nun jauh di sana.tak de tempat aku nak luahkan perasaan aku kat sini.. sunyi dan sepi.. dalam erti kata yang sebenar.. aku perlukan dia berada di sisi..



hehe

Sabar jer lah

Assalamualaikum..

Aku hari hari nak tulis dalam blog ni..tapi tak sempat. Oleh kerana balik dari sekolah pun lewat, sudahnya penat + letih + mengantuk waktu malam.. akhirnya hajat tak kesampaian. Banyak sebenarnya aku nak kongsi kat sini..tentang ketidak puasan hati dengan apa yang berlaku di sekolah sehari-hari..dengan ragam anak2 muridku..dengan peristiwa2 yang berlaku di sekelilingku dan macam2 lagi.. tapi semua tu aku pendam.. sekali sekala aku luahkan pada sahabat2 disekolah..kerana sememangnya nasib kami(cikgu2) di sekolah sama je. Hanya kami je yang tahu perasaan masing2..

Alahai sekolah.. dalam soal ni, sekolah sememangnya tak bersalah.. cuma penghuni besarnya yang telah menimbulkn masalah dan ketegangan dalam mentadbir dan mengurus sekolah.. malah kami yang bilangannya sedikit dikerahkan menjadi tenaga 1000 kali ganda dari tenaga yang kami ada. Ya Allah.. kami hanya sebilangan kecil, manakan mampu menjana tenaga 1000 kali ganda seperti sebuah sekolah bestari yang dikenali ramai.. dalam melaksanakan kerja kami dikerah menyiapkan kerja yang mana mungkin kami dapat siapkan dalam tempoh terdekat sedangkan kami tiada pengetahuan dalam menyelesaikan kerja tersebut. Salahkah kami kiranya dia menjemput seseorang untuk mengajar kami yang daif ini. Aku pun tak tahulah.. apa sebenarnya yang diinginkannya.

Kini aku dah banyak pegang jawatan..oleh kerana terlalu banyak organisasi, semua guru2 di sini memegang lebih dari lima jawatan. dan kekadang kami masing2 pening kerja yang mana harus dimulakan dahulu. Yang ini kena siapkan, yang itu pun kena siapkan jugak.. kerja2 pun berlambak..bertindan antara satu sama lain.. malah belum selesai yang itu ada lagi organisasi yang baru pulak.. aduuuuh.. sememangnya tak terurus.. patutnya selesaikan dahulu satu-satu..ni tak..

Aku tak tahan dengan sekolah ni.. setakat ni dah 2 orang cikgu telah melepaskan perasaan di sekolah.. tapi balik2 kita gak yang kena kecam..ishh..Hari tu nasib baik aku tak nangis.. tapi aku tahan je.. dahla masa tu aku pening dan sakit kepala.. aku rasa nak selerakkan je semua buku atas meja.. ntah sampai bila aku kan mampu bertahan...


hehe

Program Tautan Mahabbah & Maal Hijrah 1431H 2010M

Assalamualaikum...

Hari ini genaplah umur ku yang kian meningkat. Jeng jeng jeng, berapa tahun yer.. hehe.. Aku ingatkan takde siapa pun yang nak wish selamat hari lahir kecualila suamiku.. tu pun aku ingat dia dah lupa. huhu.. orang pertama yang wish kat aku ialah adikku, Ngah.. semalam dia hantar ni kat aku.. huhu





dengan ucapan 'Ku kirimkan dia utk luahan hati yang x bisa di ungkapkan'.
huhu..thank u Ngah..thank U so much.. so cute kan..?

SMS pagi tadi datangnya dari suamiku yang berbunyi 'Happy besday to u, happy besday to u, happy besday to my darling, I love u so much, really miss u..'
Terharu rasanya hati ketika itu. Berjauhan dari suami yang tercinta... Setiap hari selalu rindu..
Thank u so much abang.. kerana sentiasa di sisi, biarpun jauh di mata, dalam hati kau selalu ada..
I love you So much...

dan ramai lagi yang wish happy birthday padaku melalui facebook. huhu.. terima kasih semua!!!...

Hari ini aku ada satu cerita yang berlaku di sekolahku.




Al-kisahnya, hari ini Badan Dakwah Sekolah telah mengadakan Majlis Tautan Mahabbah & Maal Hijrah 1431H/2010M. Aku selaku guru Badan Dakwah, sedikit sebanyak terlibat dalam program tersebut. Aku ditugaskan dibawah unit multimedia dan buku program.

Acara majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dengan menunaikan solat Dhuha dan Hajat seterusnya bacaan ayat2 Mathurat. Murid2 diarahkan supaya beratur untuk kemasjid yg berdekatan dengan sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sesi tersebut.. tetapi berlaku satu kejadian di mana ketika pelajar masing-masing sibuk memakai kasut setelah selesai solat, ada seorang pelajar yang telah kehilangan kasut. Kasut yang ada pada ketika itu bukanlah milik dia. Kasihan, ada juga murid2 yang tertukar kasut. Maka sibuklah cikgu2 ketika itu menjejaki pemakai yang tertukar kasut dia. Sehingga tergendala sebentar acara yang kedua iaitu bacaan ayat2 Al-Quran oleh wakil pelajar di Dewan SMAF. Tetapi yang peliknya, kasut dia memang tak dapat di kesan walhal semua pelajar2 lelaki dan perempuan sudah pun diperiksa. Aku puun tidak tahu apa nasib pelajar tersebut selepas itu.. Yang nyatanya, aku kasihan dengan dia..terpaksa memakai kasut yang bukan miliknya buat sementara.

Selepas acara perasmian oleh Pengetua Sekolah dan Ceramah Hijratul Rasul, acara Taaruf Guru2 pun bermula. Aku ni tak pernah pun bercakap di depan khalayak yang ramai. Dalam kelas takpe.. sikit... huhu.. bila tiba giliran aku, ya Allah..gemuruh rasanya..panas semacam je badan ni.. cakap pun bunyi nada yang gementar.. aduh.. aku pun tak tahu apa yang aku cakapkan..huhu..

Kemudian, acara seterusnya adalah ceramah Maal Hijrah..dan kemudian perasmian penutup..
Alhamdulillah..majlis berjalan dengan baik dan lancar.....

Itulah kisah yang berlaku di sekolah pada hari ini...

Hari ini di sekolah

Assalamualaikum..

Terasa begitu lama aku tidak mencoretkan ceritera di ruangan blog ku ini dan Lama juga aku tidak menjenguk blog kesayanganku yang banyak aku coretkan kisah yang berlaku dalam hidupku ini. Kali ini aku berkesempatan untuk bercerita semula biarpun tugasan masih ada.

Bergelar seorang guru menuntut banyak kesabaran dan semangat yang kuat. Lebih- lebih lagi guru yang mengajar di sekolah rendah.Kali ini aku berpeluang menimba pengalaman mengajar anak-anak didik sekolah rendah, begitu juga sekolah menengah.

Tahun ini merupakan tahun pertama aku bergelar guru yang diiktiraf. Dan minggu ini merupakan minggu pertama sesi pengajaran. Tahun ini aku ditugaskan untuk membuat jadual, menjadi guru kelas tahun 6, s/u peperiksaan UPSR, s/u kebajikan dan keceriaan dan bendahari badan dakwah sekolah. Banyak betul jawatan yang aku sandang, terasa sangat bebanan yang akan aku galas. Sehingga aku rasa aku tidak mampu memikul semua jawatan yang diberikan. Sedangkan membuat jadual sekolah pun sudah memenatkan dan memeningkan, inikan pula jawatan-jawatan yang lain..Berserah dan bertawakkal sahaja kepada Allah SWT, semoga DIA memberikan aku semangat yang kuat dalam menempuhi cabaran ini.. amin...

Bermula hari ini, aku akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman aku mengajar di sekolah. Selama 4 hari bermula sekolah, pelbagai ragam pelajar yang aku tempuhi. tapi alhamdulillah, pelajar-pelajar di sini semuanya anak-anak yang baik.



Mari aku ceritakan peristiwa yang mencuit hatiku di sekolah semasa sesi pengajaran yang sedang aku jalankan. Ketika itu aku mengajar Matematik Tahun 1.
Pelajar Tahun 1 ialah seramai 16 orang. Semuanya kecil-kecil, comel-comel.
Kisahnya anak-anak ini ada yang pandai ada yang cerdik ada yang kurang pandai. Yang kurang pandai susahnya nak membuka mulut bila ditanya. Ada pulak tu, ketika aku sedang mengajar ada yang makan, main tarik-tarik, betulkan tudung, ada yang galas beg..hehe..macam-macam,kadang-kadang tu aku rasa nak tergelak pun ada. Sehingga la ketika tempoh masa aku mengajar sudah tamat, mereka semua galas beg masing-masing bersedia untuk pulang, sedangkan ketika itu masih lagi ada subjek lain yang akan mereka pelajari.

"Cikgu, buleh balik doh ko?"

"ye, ye..balik..!"

Apa lagi aku pun jawab.. "Eh..tok balik lagi, balik lambat lagi. Letok dulu beg, cikgu lain pulok masuk skit lagi. Duk dale kelas, jange gi mano-mano.."

Risau jg aku, takut nanti bila aku keluar dari kelas mereka terus keluar kelas, balik..huhu..

Seharian di sekolah memang memenat dan meletihkan. Lebih-lebih lagi memegang jawatan yang banyak. Sekejap-sekejap meeting sini, lepas tu sambung meeting sana..pastu situ, pasti sinun..huhu... Mudah mudahan Allah bersama ku menuntun aku menggalas tanggungjawab ini dengan sebaik baiknya... amin..

Sekolah Ku

Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya tak ber blog di sini.. Tak berkesempatan sebenarnya.. Maklumlah baru posting di sekolah baru. Banyak tugas yang perlu di selesaikan.. Alkisahnya, aku ingin bercerita mengenai sekolah dimana aku ditempatkan.

Sekolah yang aku maksudkan itu adalah sebuah sekolah agama bantuan kerajaan di Tanah Merah. Pertama sekali aku tiba, aku terkedu di saat aku melihat rupa sekolah, terkejut aku kerna sekolah tersebut hanya mempunyai sebuah bangunan 2 tingkat sahaja. bayangkanlah kawan2... Anak-anak didik pula tidak sampai pun 80 orang murid.. manakala guru2 pula seramai 18 orang sahaja.
Sekolah ini pula bercampur antara sekolah rendah dan sekolah menengah yang mana sekolah rendah antara tahun 1 hingga tahun 4, dan sekolah menengah pula, dari tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Purata satu kelas pula kemungkinan dalam sekitar 10 orang sahaja. Kantin pula tidakla sebesar kantin biasa.. tapi alhamdulillah aku bersyukur.. walaupun aku di tempatkan di sana, segala-gala sudah tersedia ada.. maksud aku, aku tak perlu memikirkan tempat tinggal dan kenderaan.. dan alhamdulillah juga kerana guru2 di sini cukup baik dan sanggup membantu dan memberi tunjuk ajar kepada guru baru seperti aku. begitu juga dengan anak2 murid di sini..
tetapi, tugas2 guru di sini mgkin membebankan.. entahlah.. mgkin kerana bilangan guru2 di sini sedikti, jadi setiap org guru mempunyai multifunction.. huhu.. nk buat mcm mana... dan next year aku kena pegang jawatan sebagai guru jadual sekolah..
ahhh.. banyak keje tu...

Sedikit sebanyak itulah latar belakang sekolah baruku..diam diam aku memang nak tukar sekolah, sebab suamiku di Putrajaya.. masakan aku mampu bertahan di Sini.. dia pula di sana.. Kami masing2 sedang berusaha untuk bersama semula.. insyaAllah..semoga segala usaha berhasil.. kawan2 pun doakanlah kami..
Wassalam...

Perpisahan Yang Sementara


Sabtu lalu aku mendapat panggilan dari abahku di kampung, katanya aku mendapat surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat itu adalah surat penempatan ku sebagai Guru Sandaran Terlatih. Alhamdulillah.. Aku di tempatkan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan iaitu SMU (A) Al Fitrah, di Kg Pasir Sat, Tanah Merah. Syukur kerana aku tidak perlu berfikir untuk mencari rumah sewa kerana sekolah itu berdekatan dengan rumah mertuaku. Namun aku dukacita kerana tarikh untuk melaporkan diri adalah pada 26 Oktober 2009. Bermakna aku masih ada sehari untuk pulang ke kampung. Menurut abahku, surat itu menyatakan tarikh lapor diri adalah pada hari isnin 26hb okt, namun tempoh untuk melaporkan diri adalah selama 30 hari dari tarikh tersebut. Aku ingatkan ingin balik ke kampung setelah suamiku pulang dari kursus. Tetapi lain pula jadinya bila JPN Kelantan menelefon ku pada hari Ahad keesokan harinya untuk memaklumkan padaku supaya melaporkan diri di JPN pada hari isnin seterusnya. Fikiranku bertambah buntu. Esok dah hari Isnin, kerja di ofisku berlambak,dan seterusnya dengan nasihat dan pandangan keluarga dan mertuaku, aku pulang jaga ke kampung pada malam itu.

Alhamdulillah, selesai sudah perkara tersebut. Pada malam isnin tu aku pulang semula ke putrajaya untuk meneruskan kerja-kerja yang berbaki. Berita yang aku mendapat posting mengejutkan rakan-rakan sepejabatku. bermakna aku akan meletakkan jawatan dalam tempoh beberapa hari lagi. Sedihnya untuk aku tinggalkan teman-temanku di sana lebih lebih lagi kak na, dee dan kak sheema. Perpisahan itu menyeksakan.. huhuhu.. InsyaAllah, teman-temanku..di kemudian hari kita akan bertemu kembali...

Paling menyedihkanku, aku terpaksa berjauhan dgn suamiku. Dia di sana, aku di sini..
Hari-hari yg mendatang akan penuh dgn bunga-bunga rindu, dan cinta.. argghh..pahit rasanya nak ku telan.. berjauhan.. dengan insan yg aku cintai dan sayangi.. tetapi demi tugas, cita-cita dan impian kami berdua, sanggup kami berkorban.. insyaAllah, mudah mudahan kami berdua akan bersama kembali.. untuk sementara ini berjauhan itu mengajar kami erti kesabaran, kerinduan...dan keimanan..

Yang pastinya cita-citaku yang ku tanam sejak dari kecil kini membuahkan hasil.. manis-manis masam adanya.. huhu.. wassalam...

Jamuan Raya dan pantangku

Hari ini aku kembali semula ke pejabat setelah 2 minggu aku berehat dirumah. Kembali semula ke pejabatku yang tak seberapa ini membuatkan hatiku sedikit terisi dan gembira dengan pelbagai kerenah teman-teman sepejabat. Alahai teman-temanku sekalian..terhibur sungguh hatiku ini..
Terima kasih teman-teman ku semua esspecially kak na, kak sheema, dan dee dong.. hehe

Di pejabat aku ini tak habis habis lagi dengan jamuan raya. Sungguh aku tak puas hati dengan diri aku sebab tak dapat menjamu selera dengan hidangan hari raya. ini kerana aku masih lagi berpantang..macam orang baru bersalin pulak. hehe.. hendak tak hendak, aku terpaksa membawa bekal dari rumah, nasi dengan ikan panggang..amat menyelerakan.. huhu.. terpaksa jua ku telan demi kesihatan diri ku ini. Jelesnye aku..korang dapat makan yg sedap2.. takpe-takpe..nanti habis pantang akan ku bedal semuanya.. huhuhu...

Gambar aku cilok dari teman sepejabatku..hehe

Cerita Sedih


Baru baru ini aku mengalami peristiwa yg menyedihkan..
Saat aku mendambakan kehadiran org baru dalam hidupku, saat aku mendambakan sentuhan dan belaian sikecil...
aku diberitakan dgn pelbagai situasi yg menyedihkan..
dan akhirnya aku juga turut mengalami situasi tersebut..
betapa hampanya dan sedihnya diriku, malah aku tak sangkal suamiku juga mempunyai perasaan yg sama dengan ku.
namun, apakan daya kami.. sudah tersurat disebalik yg tersirat dengan kehendak Allah yang Maha Esa. Walauapa pun kami terima apa yg jadi ini dengan penuh redha dgn kesabaran yg tinggi. mgkin buat masa ini bukan rezeki kami berdua..
Lagipula, masjid yg terbina ini masih lg baru..
insyaAllah..mgkin tak lama lg masjid ini akan terisi dengan jemaahnya yg soleh dan solehah.. Amin...

Ramadhan pergi, Syawal Menjelma..


urmm.. Ramadhan tak lama lagi akan meninggalkan kita, dan Syawal akan menyusul tiba..



Sedihnya bila Ramadhan dah nak berlalu... semoga berjumpa lagi di tahun hadapan..dan gembira pula sebab tak lama lagi dah nak sambut raya..



Ini la kali pertama aku beraya sebagai sebuah keluarga.. beraya bersama suami tercinta.. serta bersama 2 buah keluarga yg besar.. Mesti meriah sakan tahun ni.. Banyak juga yang perlu disiapkan..



Rumah kat sini pun masih bersepah.. kami kat sini hanya buat persiapan yang sederhana sahaja.. Maklumlah, raya ni nak balik kampung.. first tu kena beraya di kampung suami terlebih dahulu.. kemudian barulah kampung ku.. Alhamdulillah.. mujurlah kampung masing2 taklah jauh sgt.. tak sabar rasanya nak balik beraya..




Ermm... ada satu lagi berita gembira..ishh.. mana leh bagitau.. hehe..


nntilah aku akan bercerita lagi di lain masa..




Salam Aidilfitri semua.. maaf zahir dan batin...





Ramadhan kembali lagi

Alhamdulillah..
Aku masih lagi dpt mendampingi Ramadhan pada tahun ini dengan penuh syukur aku panjatkan padaNya.. dan semestinya kali ini aku menyambut Ramadhan bersama suami tersayang.. Semoga Ramadhan tahun ini sama2 kami lalui penuh dengan rahmat dan keberkatan.. Mudah mudahan, insyaAllah..

Alhamdulillah

Alhamdulillah, hampir 3 bulan sudah perjalanan hidup aku yg bergelar isteri.. dan alhamdulillah jg ku panjatkan padaMu ya Rabb..kerna mengurniakan aku seorang suami, peneman hidup ku yang bersisa ini, seorang yang memahami..penyayang, bertanggungjawab..walaupun kadang2 ada jg sikapnya yg tidak aku senangi..namun aku lebih melihat pada kelebihan, dan kekuatan yang dia ada.. dan apa yg kurang padanya akulah pelengkap pd dirinya.. mudah mudahan kami sama-sama tabah dalam menjalani hidup kami berdua..


Aku kini sudah bekerja..namun kerja hanya utk 6 bulan.. kontrak saja.. walau apa pun ada la jgk duit saku skit2..dapat la aku cover apa yg xdapat hubbyku cover.. insyaAllah, aku sanggup berkorban apa saja demi sebuah rumahtangga yg kami berdua bina...moga2 rahmat dan berkat Allah bersama kami.. InsyaAllah..

Episod baru dlm hidupku




Alhamdulillah.. segala puji-pujian hanya milik Allah..
Allahu Akbar... Allah Maha Besar...
Subhanallah... Maha Suci Allah...

Episod baru dalam hidupku kini bermula. AKu bukan lagi berstatus bujang, anak dara, available atau seangkatan dengannya.. namun kini aku bergelar seorang isteri, bukan lagi menjadi milik abah dan emak, tapi kini milik suamiku. Aku bukan lagi tanggungjawab abah dan emak tapi tanggungjawab suamiku..

Kini aku memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri.. memang berbeza dgn zaman anak bujang dulu.. dulu boleh la pergi sana sini dgn senang hati.. tp skrng ni kena mintak izin suami..
yelah suami yg lebih utama bila dh berkeluarga ni..

Mudah mudahan aku dpt memikul tanggung jawab ini dengan sebaik-baiknya.. demi mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.. Moga perkahwinan kami ini disinari kebahagian...
 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner