Guru Berjiwa Pendidik

Ini aku amik dari iluvislam.com. Tertarik dengan kupasan tentang guru.. ingin aku kongsikan bersama rakan2 yg sudi menjengah ke blog ni.. Bacalah... opss... sebelum tu, rasanya belum terlewat lagi utk aku ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru2, tutor2, serta pensyarah2 yg pernah mengajar aku sewaktu dahulu.. jasa kalian tidak dapat aku hitung.. semoganya kalian semua terus bersemangat berjuang demi anak2 didik tercinta..





Sumber: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1008


Pembangunan modal insan seharusnya bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, dalam usaha ‘melentur buluh dari rebungnya’, tidak dapat dinafikan bahawa profesyen perguruan memainkan peranan yang amat penting. ‘Guru’ sama ertinya dengan ‘pengajar’ apabila melihatkan realiti profesyen perguruan pada hari. Rata-rata para guru, hanya menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar, bukannya ‘pendidik’. Kurangnya kesedaran terhadap makna dan tugas sebenar seorang guru hanya akan merugikan generasi muda hari ini. Harus diperjelaskan bahawa tugas yang digalas oleh seorang pengajar dan pendidik adalah berbeza.

Bagi seorang pendidik, tugas mereka bukanlah hanya mengajar kurikulum yang telah disediakan. Selain daripada memastikan silibus pelajaran berjaya ditamatkan mengikut ketetapan masa yang dijadualkan, tanggungjawab untuk membimbing para pelajar dengan nilai-nilai murni tidak seharusnya diabaikan. Karisma seorang guru sememangnya mampu memberikan impak yang besar kepada pembangunan integriti anak didiknya. Seharusnya, bagi seorang guru yang berjiwa pendidik dan pengajar, tugas mencurahkan ilmu perlulah diperkasakan lagi dengan keazaman untuk memanusiakan pelajarnya dengan nilai-nilai murni yang menjadi teras di dalam kehidupan

Mendepani cabaran ‘memanusiakan manusia’ bukanlah suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi, kini hedonisme terus menerus menjajah minda dan pemikiran generasi muda. Justeru, para guru harus lebih peka dengan realiti pelajar hari ini serta membuat pendekatan yang bersifat kontemporer dan praktikal. Para guru juga harus punya jatidiri yang jitu yang mana akan menzahirkan akhlak yang cantik dan indah yang sememangnya mampu menjadi contoh teladan terbaik buat para pelajar. Keruntuhan akhlak generasi muda tidak seharusnya dipandang enteng. Perlulah difahami bahawa sekolah tidak sepatutnya bertindak sebagai gelanggang menyebar ilmu semata-mata, tetapi turut sama berperanan sebagai ‘tapak semaian’ adab sopan dan nilai murni di kalangan pelajar. Nilai pada dasarnya bertunjangkan kepada sumber keagamaan, kepercayaan, tradisi dan budaya. Menurut Profesor Dr.Sidek Baba di dalam bukunya yang bertajuk ‘Pendidikan Rabbani’, dalam proses pendidikan, nilai-nilai teras adalah sesuatu yang amat penting dididik kepada pelajar. Nilai-nilai seperti jujur, amanah, ikhlas, bijaksana, adil, telus adalah contoh asas bagaimana membentuk pemikiran, sikap dan amalan dalam hidup. Justeru, apabila nilai-nilai ini dijadikan pedoman ikutan, diserapkan ke dalam proses ilmu, kurikulum dan sukatan atau diolah dalam metodologi yang lebih kreatif, pasti akan mengukuhkan lagi jatidiri seseorang.

Jatidiri merupakan teras dan akhlak pula merupakan cerminan dan biasan daripada kejituan jatidiri itu tadi. Betapa beruntungnya Negara Malaysia andai para intelektual yang bakal berkhidmat bagi menggantikan kepimpinan akan datang punya ilmu, ketinggian adab dan sahsiah diri yang unggul! Betapa perkembangan peradaban dan ketamadunan insan itu sendiri bermula daripada jerih perit seorang guru! Oleh yang demikian, bertepatan dengan sambutan perayaan Hari Guru pada tahun ini yang membawa tema ‘Guru Cemerlang, Negara Terbilang’, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua guru-guru di Malaysia ini untuk kembali bertanya pada diri akan apakah matlamat sebenar kerjaya perguruan anda dan setakat manakah ‘kecemerlangan’ anda mampu menyumbang kepada pembangunan Negara Terbilang mengikut acuan dan landasan sebenar.

Seperti mana yang didedahkan di dada-dada akhbar dewasa ini, krisis modal insan yang semakin luntur di kalangan para pelajar telah mengakibatkan masalah sosial yang serius seperti masalah pelacuran di kalangan pelajar perempuan, gejala buang bayi, kes pukul dan sebagainya. Desakan kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi adalah antara penyebab yang mendorong para pelajar melibatkan diri dalam fenomena tidak sihat ini. Oleh yang demikian, selain daripada ibu bapa, guru adalah individu yang paling rapat yang mampu memberi bimbingan dan dorongan kepada para pelajar.

Jika tugas pengajar hanya tertumpu kepada aspek kurikulum pelajaran semata-mata, pendidik pula perlulah bersedia dengan bidang ilmu yang pelbagai. Sebagai golongan cerdik pandai, para pendidik haruslah mencurahkan ilmu-ilmu mereka dengan segala kudrat yang ada di samping memberi bimbingan dengan penuh dedikasi dan kasih sayang. Kerana itulah, para guru seringkali dianggap sebagai lilin yang sentiasa membakar diri dengan nasihat dan tunjuk ajar penuh hikmah! Jelaslah, tugas guru bukan hanya pada pembangunan intelektual sahaja, tetapi juga pada aspek kerohanian dan keperibadian para pelajar.

Para guru haruslah bangkit dengan agenda dan strategi tersendiri dalam menaiktaraf peranan guru agar kerjaya murni mereka mampu melahirkan intelektual yang juga murni dalam aspek keperibadian dan sahsiah. Sesungguhnya, jiwa pengajar dan pendidik haruslah bersatu agar sentuhan daripada kedua-dua elemen ini berjaya membentuk jiwa pelajar menjadi kamil dan luhur budi pekerti. Akhir kata, selamat hari guru buat semua pengajar berjiwa pendidik!

Cerita Hari Ini


aku baru jer lepas tgk cerita 'Duyung' tadi.. rasa terhibur dengan lawak kelakar selamba si apek.. lawaknya sering membuatkan aku ketawa geli hati... best jgk cerita duyung.. disebalik hiburan..terselit kata2 nasihat.. ermm.. tetiba jer terasa nk isi blog aku ni dengan cerita semalam.. sebelum tu, aku nk tanya, betul ke duyung wujud? aku pun tak pasti..

Aku ingin menceritakan apa yg telah aku lalui semalam. On the way aku pergi ke kampus, aku naik 'prebet'.. kebanyakan 'prebet' semalam sibuk melarikan kenderaan masing2 daripada jpj.. aku yg turut naik prebet tu merasa kecut perut bila pemandu prebet meredah kawasan kampung utk ke bandar.. aku pun bimbang jugak, kalau la prebet tu ditahan jpj, aku pun turut susah nanti..ntah2 kena gi balai jgk..kasihan pun ade pada pemandu prebet, pakcik tu.. mereka terpaksa melalui semua itu demi mencari rezeki.. mereka terpaksa bersusah2 untuk mencari rezeki...

ermm.. bila dh sampai kampus, terpaksa plak aku dgn kawan ku menunggu untuk berjumpa dengan encik ramlan(en.lan).. berduyun-duyun student yg sedang tunggu giliran utk berjumpa dgn dia.. maklumlah, minggu pertama semester baru, baru jer bermula.. so aku terpaksala ikut turn.. walhal aku dgn kawan nk jumpa hanyalah semata-mata nk amik transcript sementara jer.. Complete transcript aku akan dapat bulan 6 ni nanti sekali dgn letter of completion.. nk tunggu konvo, punyalah lambat.. nuuu bulan 11 baru konvo.. yg aku peliknya napela nk amik yg complete transcript pun kena bayor juga..ishh..ishh.. mengherankan aku betul.. dh la yuran konvo kena byr jugak.. beratus2 lak tu.. cekik darah tul... hai apala nasib, nk buat mcmmana.. tulah, nk study kat ipts sgt.. kenala bayor...huhu...

tp hari ni aku senang hati bila dengan confirmnya en.lan mengatakan 'main' kampus akan menghantar nama2 student bed yg telah tamat dengan status COMPLETE ke KPM.. jadi kami tak payah susah2 pergi isi borang ke ape ke.. so kena tunggu jer lah surat posting dari KPM.. sama ada lambat atau cepat.. mudah-mudahan adalah rezeki utk aku.. amin.. kalu nk cepat posting kena la isi borang sendiri kat JPN.. huhu...

insyaAllah bulan 6 ni aku bakal menggantikan seorang guru yg akan bersalin.. dapatla aku cari income skit.. sambil2 menunggu surat posting.. memang minat aku mengajar, sejak kecil lagi.. ntahla.. aku tak berapa minat sgt keje lain.. skit2 adela minat bisnes.. tp aku bknnye reti bisnes.. huhu..

ermm.. tu jerlah aku nk cerita kali ini.. insyaAllah aku sambung lagi penulisan ku dlm blog ni... sekian utk hari ni ... wassalam

(^_^)

Tak seindah mimpi

Semalam, final result telah release pada pukul 5 ptg. tapi capaian internetku tak dapat dihubungkan.. ntah masalah apa.. aku minta tolong abangku utk melihat result melalui voiss..
sebaik dia tahu, dia terus memaklumkan keputusannya padaku.. aku benar2 terkejut dgn apa yg aku dapat.. usaha aku utk semester akhir ini tidak memberikan result yg aku impikan.. aku betul2 tidak puas hati lebih2 lagi dgn keputusan major kaunseling yg rata2nya result lebih memberangsangkan drpd major matematik.. hurmm...

siapa yg harus kami salahkan? apa yg aku tahu, pensyarah2 mereka lebih consider dlm pemberian markah.. ataupun mereka byk 'kipas' lecturer mereka.. namun pensyarah2 kami.. bkn aku nk menyalahkan mereka.. tp sedih jgk.. sudahlah aku dn kawan2 merupakan 1st batch dan. takkan le x bley tolong kami dgn result yg lebih baik.. padahal aku rasakan apa yang aku dan kawan2 aku lakukan adalah yg terbaik.. tapi akhirnya apa yg kami dapat.. silap siapa..? ya.. mgkin aku dan kawan2 ku yg silap.. entahlah... mmg aku dan kawan2 sgt2 tidak puas hati especially dgn bdk2 kaunseling... huhu

tapi segala2 sudah terjadi.. sudah tertulis... walau apa pun sudah tersurat.. kami mendapat apa yg kami usahakn selama ini.. alhamdulillah syukur, biarpun result yg aku dan kawan2 ku dapat tidak memuaskan hati masing2.. namun bersyukur kerana telah menamatkan pengajianku dalam bidang pendidikan.. dgn susah payah selama ini...

then sekarang ni, harap2 tidak ada masalah utk kami teruskan niat kami untuk menjadi seorang pendidik yg berwibawa.. ermm.. tetapi wujud kemusykilan pada diri aku dan kawan2... apakah kami akan diterima kementerian pelajaran malaysia atau tidak kerana kami kursus dibawah ipts.. kami tidak pasti.. walau apa2 pun.. aku dan kawan2ku akan teruskan perjuangan mencari kerjaya yg sesuai dgn kelayakan kami ini... harap2lah aku dpt posting cpt2...amin...

Soon..

Sudah agak lama aku tidak mengupdate karyaku 'Ratu' dgn 'Hanya untukmu'. bukanku tidak mahu menyambung kisah kedua-duanya.. tetapi aku tidak sempat untuk menyambungnya.. insyaAllah akan ku sambung pada masa yang terdekat.. takkisahlah kalau takder org yang sudi membaca novelku, asalkan ianya terpahat di blogku ini.. bagi sesiapa yg sudi membaca karyaku, ku ucapkan terima kasih yg tak terhingga..

Kepenatan


Sudah beberapa hari telah berlalu semenjak hari terakhir exam..tunggu result keluar ibarat menunggu bas plak rasanya saat ni.. sebut pasal result, aku dah tak sabar nak tahu result berapa.. selalunya bukan main gelisah lagi bila tahu result dh nak keluar.. mgkin semester ni last semester menjadikan aku tak sabar2.. maklumlah dh nk grad katakan.. sambil2 tu aku sempat la mencari ruang kerja sebagai lecturer/cikgu swasta/ yg sesuai dgn kelayakan aku ni.. ermm.. kalau ada sahabat2 terlihat advertisement ke/tahu ada ruang kerja mcm tu, bgtau la yer.. hari2 duk umah jer.. penat rasanya.. hurmm...

Alhamdulillah

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. aku dh selesai mengambil exam..
last paper aku ambil pagi tadi..
lega rasanya bila dh habis exam.. and lebih2 lagi dh habis study..
now, tunggu result plak.. huhu...
berdebar jgk ni...
lps tu leh lah apply jadi cikgu lak..
huhu.. tp byk gak mende yg perlu aku buat..
urmm...

Ucap sayang setiap pagi

KEHIDUPAN rumah tangga kadangkala diuji pelbagai masalah. Pada awal perkahwinan, ada pasangan yang mengalami kegoyahan, namun kebijaksanaan menangani masalah adalah resipi kejayaan sesebuah mahligai supaya kembali menikmati musim indah yang diimpikan.

Berikut adalah petua yang mungkin dapat membantu pasangan menjadikan rumah tangga berseri.

Banyak membantu suami

Apabila suami mempunyai masalah, usah terlalu meminta-minta kerana ia boleh menyebabkan suami berdukacita. Walaupun bekerja, usah terlalu boros berbelanja dan merancang masa depan bersama suami.

Beritahu anda sayang kepada suami

Ia patut dilakukan setiap hari walaupun selepas usia tua. Usah menganggap diri terlalu tua untuk menyatakan rasa sayang.

Mandi bersama

Ia bukan bertujuan untuk seksual semata-mata tetapi lebih kepada merapatkan kasih sayang. Apabila mandi, jangan berkata suami busuk atau pengotor kerana suami akan tersentuh apabila isteri berkata sedemikian.

Etika di bilik tidur

Apabila tidur, sentiasa menghadap suami. Jika anda mahu membelakangkannya, minta izin atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cuba tidur berbantalkan bahu suami, pasti ada hikmah dan nikmatnya.

Sambut kepulangan suami

Sentiasa bergembira dan tersenyum apabila menanti suami pulang dan menghantar pemergiannya dengan hati yang sedih. Jangan lupa mencium tangan apabila menghantar dan menyambutnya pulang.

Sentuh suami

Apabila mempunyai kesempatan belai suami atau curi-curi menciumnya ketika tidak dilihat orang lain. Anda boleh memegang tangan atau bahunya apabila berjalan-jalan.

Tidurkan anak lebih awal

Selepas berbuat demikian, amalkan masuk tidur bersama suami kerana itu saat manis dalam kehidupan berumah tangga.

Sentiasa berterima kasih

Apabila meminta bantuan suami dan pertolongan diberikan tidak sempurna, jangan berleter atau marah kerana ia boleh menyebabkan si dia jauh hati atau merajuk.

Jaga anak

Elak memarahi anak sebaliknya gunakan strategi memujuk. Jika anda selalu memarahi anak di hadapan suami, ini mungkin menyebabkan suami kurang senang.

Simpan rahsia suami

Elakkan bercerita mengenai suami kepada orang lain terutama perkara yang bersifat peribadi. Jika perlu, ceritakan perkara yang baik kerana itulah tanda anda mengasihi suami.

Layan kehendak seksual suami

Jika suami berhajat untuk bersama anda, layan dia dengan baik walaupun anda mungkin sibuk atau letih. Banyak kes perceraian atau poligami disebabkan isteri tidak mahu faham keperluan suami dalam perkara seks.

Kurang layanan dan banyak alasan untuk mengelak bersama menyebabkan suami mudah bosan dan merajuk.

Tunjuk sifat prihatin

Jika suami sakit, tunjukkan kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya dengan harapan dia cepat sembuh.

Dia akan sentiasa ingatkan anda kerana suami tahu anda bukan saja sayangkannya ketika sihat tetapi sanggup bersama dalam sebarang keadaan.
 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner