24 hb April

Assalamualaikum...
Lynn nk cerita skit mengenai tarikh ni.. 24 hb April 2008..
Huhu.. firstly, tarikh ni merupakan hari pertama lynn menduduki final exam dengan paper Discrete Mathematic.. Soalan kira okla.. nak kata susah, takderlah sgt.. nak kata senang, takle jgk.. 50-50 la and bulehla jawab.. Alhamdulillah.. so, tinggal satu paper je lagi, intro to statistic analysis, 2/5.. lambat lg.. tp sebenarnya tak lama dah.. coming soon.. pejam celik, pejam celik, tup2 dh last paper.. huhu.. semester ni adalah semester yg terakhir ku.. moga2 aku mendapat result yang terbaik yg telah aku usahakan ini.. berdebar jugak nak tggu result 15/5 ni.. aiiiyy.. belum habis paper lagi dh fikir pasal result.. huhu.. semestinya.. nk dapat result yg baik, kenala usaha betul2.. kan..?

oklah.. nk cerita satu lagi mengenai disebalik 24 hb April 2008 ni.. Hari tersebut Birthday bonda tercinta.. huhu.. aku hampir2 terlupa yg hari tu birthday ibu.. yerla, asyik duk pikir nak exam.. nasib baikla petang tu abah belikan kek birthday buat ibu.. sayang gak abah kat ibu.. huhu...
"Happy Birthday, Bonda.."


kek yg abah belikan buat ibu..
(^^,)

Sayangilah Diri Sendiri...


Bercerita mengenai kasih sayang..


SALAH satu cara untuk mendorong kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tidak lama lagi ialah menyayangi diri sendiri. Menyayangi diri bermakna kita memikirkan keadaan diri kita, menjaga kesihatan, memikirkan masa depan, bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan menjauhi diri daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan diri kita sekarang dan masa depan.


Berikut merupakan enam kunci asas untuk menyayangi diri sendiri (yakin terhadap diri sendiri):

1) Belas kasihan - Belas kasihan adalah umpama ubat penyembuh yang bertindak terus di kawasan luka. Dengarlah suara hati anda yang sentiasa menjaga, menyembuhkan, dan bersedia untuk menggembirakan anda. Ia wujud dalam hati kita, cuma kita yang perlu dengar kepadanya.


2) Penerimaan - Tiada manusia yang sempurna, termasuklah diri anda. Tidak kira mana-mana bahagian tubuh anda yang ingin anda ubah, penting untuk anda menilai siapa diri anda sekarang - ciptaan yang bergerak, berubah dan berkembang dengan ciri-ciri dan kelebihan yang tertentu.


3) Hormat - Dalam perwatakan tradisi, ini tidak susah atau banyak permintaan. Dalam dunia pendidikan yang mencabar pula, persaingan boleh menjadikan seseorang itu merasa rendah diri. Ingatkah masa apabila seseorang pernah menunjukkan rasa hormat ketika anda merasa rendah diri? Ingatkah bagaimana rasa hormat itu menceriakan anda bila anda menerima komen itu sebagai benar? Tiba masanya untuk anda memberikan rasa hormat pada diri anda sendiri.


4) Galakan - Kita semua memerlukan galakan untuk mencapai matlamat dan perlu yakin untuk mencapainya. Berusaha untuk mencapai dan belajar dari mereka yang sering memberikan galakan kepada orang-orang lain. Jangan lupa kepada halangan-halangan realistik yang wujud dan sifat-sifat diri yang kental.


5) Sokongan - Pernahkah anda merasa tidak mahu bangun daripada tidur dan seolah-olah ingin menyorokkan diri daripada dunia sekitar? Pada ketika seperti itu barangkali anda inginkan seseorang untuk mendorong serta meniupkan semangat untuk meneruskan hidup. Kita mampu mendorong serta menyayangi diri kita sendiri dengan sedemikian cara, asalkan kita sedar mengenainya.


6) Belaian - Pernahkah anda membelai seekor kucing dan lihat bagaimana kucing itu merasa seronok dengan perbuatan anda itu? Pernahkah anda dibelai sedemikian rupa? Kita mampu membelai diri kita sendiri kerana kita berhak membelai diri kita.


Kita berhak menyayangi diri sendiri.

Kasih sayang : Mulakan dengan diri anda

TUHAN anugerahkan kita dengan segala rahmat. Antara rahmat yang paling tinggi dan tidak ternilai ialah nyawa kita. Tuhan memberi nyawa sebagai amanah yang perlu kita jaga sebaik-baiknya. Salah satu tanda kita menjaga semua amanah Tuhan ialah dengan menyayanginya dengan sepenuh hati. Kita menjaga nyawa kita supaya kita sentiasa berada di dalam keadaan sihat untuk terus beribadat kepadaNya. Kita jauhi diri kita dari pelbagai jenis penyakit. Badan kita perlu dijaga supaya sentiasa sihat untuk beribadah. Salah satu caranya ialah dengan menjaga makanan kita serta kecergasan fizikal kita. Bersenam 30 minit sehari selama tiga hari dalam seminggu InsyaAllah dapat menjaga kecergasan diri kita. Kita jauhi dari tabiat atau gelagat buruk yang akan mendatangkan penyakit kepada kita seperti merokok dan menghisab dadah. Kita juga perlu menjaga minda kita dengan mempelajari ilmu yang berguna.

Sayangnya Tuhan kepada umat manusia hingga diberikan pedoman atau panduan dan contohan (Nabi dan Rasul) untuk kita dapat mengalami kehidupan yang sempurna. Sempurna kehidupan ialah dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Emosi kita juga adalah satu anugerah Tuhan. Apabila hati kita tenang, emosi kita pun tenang. Apabila kita merasa risau itu adalah satu tanda kita diuji oleh Tuhan sama ada kita sabar atau tahan ujian atau tidak. Sebelum kita menyayangi orang lain, kita perlu sayang diri kita sendiri. Kita sahaja yang mengetahui tentang kekuatan, kelemahan dan potensi diri kita. Mungkin segala panca indera kita iaitu dengar, lihat, rasa dan hidu berada di dalam keadaan yang sihat atau baik. Kekuatan panca indera ini kita gunakan ke jalan yang baik seperti belajar dengan rajin, bekerja dengan tekun, jujur dan sebagainya. Jika deria kita lemah seperti tidak suka mendengar kuliah, tidak suka membaca (melihat) buku dan lain-lain, itu adalah kesalahan diri kita sendiri yang boleh kita baiki. Kita selalu gagal manfaatkan anugerah yang diberikan oleh Tuhan Mungkin kita juga tidak bersyukur dengan anugerah Tuhan.

Khas buat sahabat2 ku semua..

Memori Kita

Teman,
Tatkala malam melabuhkan tirainya,
Kesepian mula mencengkam jiwa.
Terasa sunyi seketika,
Tiada ceria.
Teman,
Di tika ini kenangan silam mencuit jiwa,
Lembaran demi lembaran muncul di minda,
Memori kita takkan ku lupa.
Teman,
Alangkah gembira tika kita bersama,
Bersama-sama menggapai cita,
Bersama sama meredah derita,
biarpun kadangkala persahabatan kita goyah seketika,
namun tetap utuh bila hati berdegup sama merasa.
Teman,
Alangkah cerianya kita ketika disini,
bersama sama menyulam mimpi,
bersama sama memeterai janji,
biarpun kadangkala perasaan kita dibuai benci,
namun hakikatnya kita saling sayang menyayangi.
Teman,
Ku singkap segala kenangan,
Biar menjadi satu harapan,
Untuk membina satu perjuangan,
Di hari hari yang akan datang.
Teman,
Ku titip sebuahcerita,
Agar kita sentiasa bersua,
Biarpun hanya mimpi semata,
Ku pasti bertemu jua.
Teman,
Sekadar membisik bicara,
Dimana kalian saat aku dilanda derita,
Kurindui dirimu semua,
Untuk melerai sengsara dijiwa.
Teman,
Biarpun kalian jauh dimata,
Namun hatiku masih berkata,
Kalian sentiasa berada dijiwa,
Dalam doa sentiasa ada.

Lega, seminar dh lepas


semalam, proses pembentangan kertas seminar aku berjalan dengan baik.. cuma aku sedikit terkilan dengan diriku sendiri bila one step nk end pembentangan tiba-tiba je aku blur.. entah camne boleh aku blur sedangkan aku sudah prepare sblum2 ni.. kehendakNya.. tp alhamdulillah, walaupun blur aku dpt tamatkan jg pembentangan kertas seminar aku dgn apa yg ada.. now, nk tumpu pada exam plak.. 2 paper lg.. one on 24/4 and last is 2/5 ni.. doakan kejayaan ku dlm semester ini... mudah-mudahan Allah membuka pintu hatiku disaat aku lupa pada yg aku pelajari..mudah-mudahan aku dpt menjawab dengan tenang.. mudah-mudahan aku mendpt result yg terbaik diakhir semesterku ini... Amin...

Kalau tak suka pulangkan..

Bacalah.. mudah-mudahan terbuka hati buat sesiapa yg mengerti..

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj.
"Horey! Papa balik!"Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
"Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak.Apa awak makan tidur saja ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. mereka yang main tu. tak mengapa nanti mama kemas. Papa minum ye.Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila.." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa."

Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak?"
"Ikut jugalah."
"Dah! tak ada! tak ada! Susah nanti. Macam-macam mereka buat kat sana.Tengok masa kat Legacy dulu tu"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."
"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.

Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka.Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.."
"tak mengapa..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"

Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.
"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengihmendapatkan dirinya.
"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"tak ada benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"tak mengapa Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?"Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."
"Abang tak suka tengok papa marah-marah.."
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. bawa-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju.
"Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum.Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka.Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang darioutstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan."Ujar Laila perlahan.
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , pecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni."

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya.Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
"Laila..."

"Papa nak ke mana handsome-handsome gini?" Dia tersenyum sambilmenjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.
"Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.",Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawa kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut tak ada peluang. Nanti mereka tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas saja,"Laila terdiam.
"Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap saja. Lepas tu terus balik."
"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk
"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli denganperkelahian.
"Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya.Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidakdijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

"Kalau tak suka pulangkan,"Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyiandi mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya.

Laila..Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan duabulan lagi..Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya.Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.....

Biarkan rindu bermukim,
biarkan resah bermusim.
Biar ingatan meruntun,
biarkan pengharapan beralun.
Nanti bila ditemukan,
akan dilepaskan layar resah di laut damai
moga akan kembali ceria kehidupannya nanti.

KEKASIHKU...

Kali ini ana nk citer ttg KEKASIH plak, bleh?=)(Ana taip huruf besar sebab sayang sangat kt DIA) Penyayang itulah sifatNya..Betul ni.. x bohong!cintalah nak dikategorikan tu..Apa taknya, masa ana susah minta tolong jekat Dia, pasti akan datang bantuan..Bila susah hati,boleh terus mengadu kat Dia.Apa yang paling best bila mengadu katDia, rasa aman je..dah pastilah..KEKASIH la katakan..ish..beruntung betul dapat kekasih macam ni.x pernah sakit hati lagitu..Bila-bila masa je ana boleh panggil Dia..Yang seronok tu, sebabbetul-betul rasa Dia dekat dengan hati ini!cinta punya pasal kan..=)Dia tak kisah pun kalau ana tak panggil Dia..Tapi rugilah ana, sebab kalau ana panggil Dia, macam-macam ana boleh dapat.. Kekasih ana ni..macam-macam ada! Hubungi Dia x yah guna bil,x kiralh material ke, spiritualke..hmmm memang kekasih sejati lah2..bila ana rindu kat Dia bace ja "surat-surat" yang Dia bagitu..Macam-macam nasihat ada dalamnya,siap bagi contoh lagi 2 semata-mata supaya ana faham..Sebelum ni , ana pernah jugak frust.Memang sdihlah time 2. yelah, masa 2 cinta bagai nak rak, tiba-tiba putus,,tapi KEKASIH baru ni memang lain dari yang lain..Dia x kisah dgn citer ana frust 2..siap bagi semangat lagi2..Dia xde la nk cemburu pun cumanya ana yang cemburu kat Dia. Memang ramai yang jatuh cinta kat Dia. So ana kenala usaha betul2 bak kata org putih what u give, u get back.Jadi ana kena la usaha lebih ckit..KEKASIH ana ni baik sangat2.SEMPURNA!!!!!!!!!!!!!!! Tiada apa yang kurg. Tu kdg2 bila bangun tengah malama rea 2-3 pagi, ana pasti akan panggil Dia . rindu aa!! sebenarnya , KEKASIH ana ni kaya, millionaire, bilionaire dan suma aire la semua keperluan hidup ana DIA yang tanggung..percuma lagi tapi ana x sedap hati la, mesti la kena hargai apa yang Dia bagi 2. sebab kalau ana ingat Dia, nescaya Dia akan tambah lagi pemberian Nya.Dia suruh ana belajar sungguh2 menuntut ilmu..Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab KEKASIH ana nis angat2 cerdik, bijak genius dan yang sewaktu dgn nya. Dia kata amal tanpa ilmu, setiap amalan itu adalah sia2..Dia pun tambah sayang kat ana kalau ana rajin belajar. Malu las ebenarnya ana nak cakap. Emmm..sebenarnya ana x pernah lagi jumpa Dia..Belum sedia la tapi KEKASIH ana ni berjanji suatu hari nanti mesti jumpa Dia. Sekarang ni ana nak bersiap sedia dengan segala kelengkapan untuk bertemu dengan NYA sebab bila2 masa je..yang pasti x tau bila..Daripada surat-surat yang Dia bagi 2,ana tau la apa yang Dia suka n apa yang Dia x suka. Mestilah ana nak buat apa yang Dia suka, jadi DIA makin sayang kat ana ni..Xpe la berkorban sekarang sebab Dia dah janji , saper2 yang Dia sayang. Dia akan bagi HADIAH istimewa yang xpernah kita fikirkan hebatkan!!!!!!!!!!!!!!! Ish rindu sangat dah ni!!!!!!!!KEKASIH.ana berjanji, ana akan pertahankan CINTA SUCI ini , walau nyawa digalang ganti, mengadaikan Cinta Agung ini, tidak sama sekali.Walaupun tak pernah berjumpa, ana tetap bahagia. Itulah kekasihku..ALLAH SWT..CINTA AGUNGKU....

Seminar Education Presentation

20 April bersamaan hari Ahad merupakan hari presentation bagi kertas seminar. berdebar rasanya hati ini.. kalau tak payah present tak per ke.. nak berdepan dengan pensyarah kat dewan.. malunya.. gementar rasa hati ni.. rasa tak yakin je dengan kertas seminar yang aku buat ni.. tajuk macam senang jer.. tengok tajuk kawan2 aku yg lain, alamak power lak tajuk mereka.. hai.. camner aku nak present.. huhu..

Kisah Semut

Tadi aku ada terbaca kisah semut di laman Ukhwah.com. Tertarik dengan cerita ini lalu aku putuskan utk berkongsi dengan sahabat2 yg singgah di blogku ini.. kalau sudi bacalah sehingga habis.. kerana disebalik cerita ini ada manfaat yg tersembunyi...


Kisah Semut..

Peringatan penulis: Cerita ni hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan apa-apa yang wujud di alam ini sekalipun..cuma secebis kisah rekaan untuk peringatan kita semua...

Al kisah di satu bandar yang mewah tinggal seorang budak yg berasal dari keluarga yang berada. Rumahnya besar dan mempunyai tersangatlah banyak bilik. Lalu budak ni pon mengambil satu bilik yang tidak digunakan dalam beribu-ribu bilik dirumahnya ni, lalu meletakkan dua ekor semut di dalamnya, dan berpesanlah budak itu kepada semut2 itu, katanya " tinggallah kamu di bilik ini dan ikutlah apa yg aku dah bagitau dan jauhilah larangan2 ku sehingga pintu bilik ini aku buka semula. Lalu dikuncinya bilik itu rapat2. setiap tiga hari dia akan on lampu dalam bilik tu dan tiga hari laginya lampu akan di off, dan begitulah seterusnya.maka tinggallah dua ekor semut itu di dalam bilik itu... Lalu beranak pinaklah dua ekor semut ini sehingga menjadi tersangat ramailah anaknya.

Walaupon kedua ekor semut yang awal tadi pernah hidup di luar bilik, iaitu di dunia yang Maha Luas ini, tidaklah ia dapat menceritakan kesemua perihal dunia itu kepada anak2nya yang sangat ramai itu. Lalu hiduplah semut2 yg ramai itu dengan pengetahuan yang dunia mereka hanyalah bilik itu,, yg pada seekor semut, sangatlah besar bilik itu. Pada pandangan semut itu, apabila lampu di buka(tiga hari), adalah waktu siang dan apabila lampu ditutup (3 hari juge) adalah waktu malamnya. Maka semut2 itu pon mencipta masa perkiraannya berdasarkan jangka waktu lampu2 itu di on dan di off. Dan apabila semut2 itu menjumpa laptop didalam bilik itu, ramai di antara mereka akan berkata, ini terjadi dengan sendirinya, kerana tidaklah ia pernah melihat laptop itu dicipta oleh manusia. Walhal akan ada sekumpulan semut yang berfikir akan mengetahui yang tidak mungkin laptop ini akan terjadi dengan sendirinya...

Setelah hidup begitu lama, semut2 ini terasa perlunya panduan untuk hidup. lalu mereka mencipta satu ideologi dan pegangan yang boleh memandu hidup mereka. mereka menamakan ideologi ini sempena ketua-ketua puak mereka, pengasas ideologi mereka dan juga nama kaum semut yang memegang ideologi itu. Dan mereka sangatlah berbangga kerana berjaya mencipta satu ideologi yang boleh mereka berpegang kepadanya. Ketika ini hanya tinggal sedikit sahaja semut yang masih mengingati pesanan dua ekor semut yang mula2 tadi.

Lalu setelah sampai satu ketika, budak ini terasa yang semut2 ini telah terlalu rosak hidup mereka. Lalu ketika satu masa dimana semut2 lain tidak perasan,, dia menculik seekor semut yang amat baik sifatnya ini, lalu dibawa keluar dari bilik itu. Apabila melihat sendiri akan wujudnya dunia di luar bilik itu dan wujudnya budak itu serta wujudnya manusia, Keyakinan semut ini terhadap pesanan moyangnya bertambah kukuh. Ketika ini, semut ni sudah sedar akan kemampuan dan kehebatan manusia jika dibandingkan dengan semut2 di dalam bilik itu. Lalu berpesanlah budak ini kepada semut itu, " Akulah tuan kamu dan tuan nenek moyang kamu, patuhilah arahanku dan jauhilah laranganku sehingga satu masa di mana aku akan membuka pintu ini. Ketika itu sapa yang mengikut arahan akan aku kurniakan nikmat yang tak pernah kamu merasainya ( gula setinggi 8 meter), dan sapa yang melanggar arahan akan aku bakar dalam tempat barbeque." lalu diserahkan satu buku panduan kepada semut ini. Didalam buku panduan ini terkandung arahan dan larangan serta perihal dunia luar dan kehebatan manusia2 yg hidup di dunia luar. Semut ini telah berpeluang melihat gula setinggi 8 meter itu dan telahlah ia dapat melihat tempat barbeque tu. Maka yakinlah ia,, kalau budak itu nak membakarnya, amatlah mudah ianya dapat dilakukan.

Lalu pulanglah semut ini kepada kaumnya. Sepulangnya kepada kaum semut itu, ia mulalah menyeru semut2 lain supaya mematuhi arahan2 budak tadi. Berceritalah semut ini perihal gula setinggi 8 meter dan perihal tempat barrbeque yang menanti mereka. Tetapi bagi semut2 lain yang tidak dapat melihat benda2 itu,, dikatakannya semut ini penipu, gila dan sebagainya.Mustahil kata mereka ada dunia selain dari bilik ini(kerana mereka tidak pernah melihatnya). Hanya beberapa semut sahaja yang menuruti seruan semut tadi.

Kerana keyakinan semut tadi terhadap dunia di luar bilik itu yang menantinya, dia pun beribadah siang dan malam, sentiasa melakukan kebaikan sebab dia tahu tuan dia ada letak kamera dalam bilik itu. sentiasa memerhatikannya. dan berterusanlah dia menyeru semut2 lain kepada kebaikan dan melarang mereka berbuat kejahatan. tetapi sedikit sekali mereka mendengarinya. Ada ketikanya, ketika seruannya tidak berhasil, menangislah semut ini kesendirian. Mase tu, budak tu dan rakan2 nya sedang melihat semut tadi melalui kamera tertutupnya. Maka terasalah hibanya budak ini dan rakan2nya bagi pihak semut tadi dan turutlah menitis air mata mereka. Lalu budak ni mengirimkan sepucuk surat kecil, katanya " Janganlah kamu bersedih hati, sedangkan kamu tahu kamu dijalan yang benar, dan setiap sesuatu itu ada balasannya". Mendengar janji tuannya ini, hilanglah hiba hati semut ini,, lalu teruslah ia berkerja menyeru semut2 yang lain ke arah kebenaran, tanpa sebarang keraguan dihatinya...

Sejam sebelum pintu bilik itu dibuka, semut tadi terus menyeru rakan2 nya supaya mengikut kata2 tuan tadi. tetapi tidaklah mereka mengikutinya. Teruslah mereka menjalani hidup mereka yang sia2, menonton anime, bersembang2 tanpa mengetahui SEJAM lagi mereka akan dibakar didalam tempat barbeque tadi,sedangkan semut yang mereka anggap gila tadi akan dapat gula setinggi 8 meter.

Tidakkah sedih kita melihat semut2 ini? Sudah tentu dihati mereka,, mereka bersangka mereka akan hidup selama-lamanya, sampai mereka mati. Tapi kalau budak itu berkata dia nak buka bilik itu sejam lagi, siapa yang dapat menghalangnya? Kan bilik itu kepunyaannya? Pengajaran: 1)Sebuah bilik itu adalah sangat insignificant bagi budak yg mempunyai beratus2 bilik dirumahnya.Jadi jika semut2 itu patuh atau tidak kepada arahannya, tidaklah ia rugi sesen pon. Bukankah budak itu terlalu amat kaya?
2) Sebagai manusia, kita akan berkata. Bodohlah semut2 yang mengatakan laptop itu wujud dengan sendirinya sedangkan kami(manusia) yang menciptanya. tidakkah begitu?
3) Apabila kita dibesarkan di dalam satu ruang, kita tidak akan dapat imagine ruang yang diluar ruang kita ini. Dapatkah semut2 tadi meng imagine taman tema sebesar sunway lagoon sedangkan seumur hidupnya, ia hanya bermalam dan siang di dalam bilik tadi. sejak LAHIR???
4) Budak itu sentiasa memerhatikan semutnya melalu closed circuit camera yang dipasangnya. Maka beruntunglah semut yang mengikut arahannya. Dapatlah mereka makan gula sepuas puasnya. 8 meter. Byk Tuu... dan amat rugilah sapa yang berdegil.
5) Fikirkan. Siapa yang lebih bijak. Semut yang mengikut arahan tuannya OR semut2 yang mendustakan semut yang diculik tadi? Tidakkah bodoh memilih dibakar sedangkan mereka boleh berehat memakan gula setelah pintu itu dibuka nanti?
6) Bukankah sebab ceteknya ilmu semut tadi terhadap dunia luar bilik itu, adalah sebaiknya bagi mereka mengikuti semut yang diculik tadi dan mengkaji buku panduan itu habis-habisan? Tidakkah begitu?


-=nukilan: semut yang mulia=-

p/s sebarang salin menyalin atau edar mengedar DIBENARKAN kerana yang memberi hidayah dan izin untuk menulis adalah ALLAH..jadi untuk kepentingan islam,manfaatkanlah cerita ini...


"... berbahagialah para ghuraba "

Musim 'pauh'

sekarang ni musim buah mangga.. mempelam.. kalu kat kelantan dipanggil buah 'pauh'.. hehe.. tak tau la nape bleh dipanggil buah pauh.. kat rumah ni mcm2 jenis pauh ade.. ade pauh epal, pauh krining.. pauh siam.. pauh apetah..

meriah plak tengok buah pauh ni berbuah.. tp sayang kat umah ni takder sape yg nak makan.. akhirnya gugur macam tu jer.. aku ingat nk buat jeruk ke.. tp pauh yg kecil2 tu xder kat umah ni.. umah mak sedara kat sebelah umah tu ade la.. ada jugak dia suruh kait buat jeruk.. tapi aku belum sempat.. maklumlah sibuk dengan kertas seminar dan exam yg akan datang ni...
oh ya.. ermm... takde ape lah... oklah.. takat ni dulu bercerita pasal pauh... huhu..

tensionnye



arghhhh.. tension rasanya.. harini ade meeting ngn tutor aku utk pre-presentation plak..

rasa cam aku belum bersedia utk present minggu depan.. malas lak... huhu.. tension sebab aku selalu jer malas... huh..camnelah aku nk buangkan sifat 'malas' yg sering melanda aku ni...

minggu dpn plak dh start exam.. study..study..study.. aku harus kuatkan semangat aku..memandangkan ini adalah last semester yg aku ade.. lepas ni bleh la cari kerja..

huhu.. tak sabor nk habis study..

Jendela Hati


JENDELA HATI

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada
Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni
Seharum wangian kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanya kan bermula di sini

Bila la nk ....???



lepas satu-satu kawan2 ku akan kawin.. sepupu pun kawin bln 5 ni.. sama lak ngn adik angkatku.. adik ku yg sorang lagi lak dh nk tunang bln 5 ni.. huhu.. aku plak bila la lagi..? huhu...

kadang2 rasa cemburu jgk bila kwn2 smua dh sampai jodoh masing2.. terfikir pasal diri sendiri ni.. bila lak jodohku nk sampai.. calon dh ada.. tp lom lagi nk sampai ke tahap pertunangan.. huhu.. nk kata dh sampai seru, dh.. tp duit lom ckp nk buat mjlis.. huhu..

lagipun aku baru je nk habis study... mgkin belum jodohku lagi.. blum sampai jodoh..

ermm.. mgkin jg aku belum bersedia utk menjalinkan komitmen.. huhu..

Allah jua yg tahu.. kapan jodohku..hukhuk.. indon lak..hehe

Tension jugak...

Salam....

Hujung bulan ni final examku, in which aku akan menghabiskan sisa-sisa pengajianku semester ini.. tak lama dah nak exam, tapi banyak perkara lagi perkara yang perlu aku selesaikan.. Assignment masih ada satu lagi belum completed dimana aku perlu hantar minggu depan dah. Seminar paper aku pun masih belum siap, sebetulnya aku dah siapkan. tapi aku belum puas hati dengan apa yang aku buat..so banyak yang perlu aku baiki termasuk dengan slide seminar yang perlu aku present nanti pada 17 hb ni..mungkin la 17 ni, sebab tarikhnye belum confirm lagi. Aku perlu kuat utk meneruskan seminar ni sbb kadang-kadang aku rasa cam nak give up jer.. huhu.. mood aku yang tunggang langgang... huhuhu... pada sape-sape yang singgah ke blog aku ni, doakan aku semoga success dlm final semester aku ni.. dan dapat jawab final exam ni dengan baik dan dengan jayanya.. terima kasih pd yg sudi doakan ku... oklah... wassalam...

Jadikanku seindah wanita solehah


Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.....
“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya yang zikirnya menjadi penawar dirinya tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati....

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan...hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

''Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21) Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya.


"Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.
Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa.

Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul, " Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.“

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. "Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im.

Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.




.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Rabi'atul Adawiyah

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah.Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulansemakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zamanhidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Merekamenghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca danmenghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran.

Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman.

Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah,dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!"
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan- Mu."
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu."
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan- Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmatkepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yangdekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi,bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri!Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkaumeng halauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah.

Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari. Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan?

Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan.Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah.

Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal.
 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner