Aku dan Kamu..Apakah Sudah Mahu Berpisah?





Kuperhatikan mentari yang sudah mula mahu menyorokkan diri. Kalau tidak dek kerana bulan yang mahu menonjolkan diri pula, sudah tentu ia masih lagi mahu terus berada di persada penglihatan masyarakat bumi. Sementara itu, bayangan sekeliling mula menggelapkan diri. Seakan berada di monitor yang mana seseorang sedang meng'adjust' bright and contrass-nya. Ini semua bermakna siang sudah tamat pada hari ini. Hanya menanti ketibaan malam yang sudah bersedia mengambil alih. Ini semuanya kepatuhan kepada peng'adjust' alam yang juga penciptanya. Mencipta langit. Mencipta bumi. Juga diriku ini. Semuanya tak mampu melawan kuasa yang dipunyainya. Harus menurut, mesti diikut.Semuanya sepi....tanpa kata.

Dan aku melihat padamu. Turut sepi mengingatkan perkara yang akan berlaku selepas ini. Sebetulnya, masing2 sudah ghalib dan faham dengan fi'il masing2. Masing2 sudah tahu apa yang patut, dan semestinya berlaku. Meskipun sedikit rasa terkilan dan terseksa, kepatuhan pada sunatullah mengatasi segala.Perpisahan.... Oh!! betapa pedihnya.. bagi yang merasai..

Bagiku pedih, kerana dirimu itu menarik. Aku terkesima ketika mula2 kau menampakkan diri. Walau sudah sekian kali mendengar akan perihal kau, pertemuanku dgn kau langsung menyuntik rasa.... arghh!.. Alangkah manisnya..

Aku pasti akan terkenang saat bersamamu. Ketika ku lapar, dahaga, kau berikanku kesabaran, kau berikan smangat kpdku untuk meneruskan hidup. Dan aku juga pasti takkan dpt lupakan saat kau berikan suntikan pertolonga, tatkala nafsu dan dunia datang mengasak drpd pelbagai arah, meskipun kehilangan tonggak utamanya dek kehadiranmu. Namun semua itu pasti akan berakhir...

"Adakah kau tetap mesti pergi?" lontaran soalan olehku yg aku sudah tahu sendiri jawapannya..

"Sudah tentu.. sudah sampai masanya.. masakan aku mampu mengelak"

"Tidak bolehkah ditangguhkan mungkin sehari, dua untuk aku bersamamu lagi?"
aku mengharap perkara yg sudah pasti tidak akan dapat....

"Peremuanku ini bukan dirangcang olehku.. jika begitu, pasti akan ku peruntukkan selamanya bersamamu.. kerna aku tahu sndiri yang kau mahukanku" jawapan ikhlas tadi menggelojak perasaanku..

Ku tundukkan pandangan menghadap ke bawah lantai.. Cairan hangat melalui pipiku, langsung mencecah lantai. Ku lihat perkara yang sama berlaku padamu.

"Kau tahu, bukan semua orang menghargaiku.. maksudnya kau orang yang istimewa bagiku.. bukan semua orang sepertimu.." lontaran perasaanmu kembali menggugah jiwaku...

"kau pasti, tiada cara lain untukku bersamamu lebih lama?"
kulihat kau seperti berat untuk menjawab.. barangkali mencari jawapan untuk memaskan hatiku yang semakin mengasak soalan kepadamu..

"Kau tahu, perpisahan ini takkan dapat dielakkan lagi, tapi sekurang2nya, kita boleh berharap untuk bersama lagi..mungkin untuk jangka masa yang akan datang sekiranya ditakdirkan.."

"Ya, kau betul... sejujurnya, kau pandai mengambil hatiku yang sedih dgn perpisahan ini. Kau tahu, aku takkan lupakan segala tarbiyyah yg kau curahkan, segala harapan yg kau bentangkan untukku, segala mcam yang kau telah peruntukkan untukku.... dlm jangka masa yang teramat pendek ini..arghh!."

aku x dpt menahan pilu yang semakin menusuk2 kalbuku. Perasaan itu menghalang aku meluahkan perasaan yang terbuku di lubuk hati..

"Kau tahu apa yang aku mahukan selepas perpisahan ini untuk pertemuan yg akan datang.?"

Aku tersentak seketika.

"Aku mahu melihat kau yang sekarang merupakan kau untuk hari2 berikutnya, sehinggalah kita ditakdirkan bersua lagi... Aku tahu kau tahu satu perkataan.. Istiqamah..."

Aku mengukir senyum... Ternyata nasihat inilah yang membuatkan dia kelihatan istimewa pada pandanganku..

"Aku terpaksa pergi sekarang...."

"baiklah... semoga bertemu kembali... dalam keadaan yg lebih baik.. "

Aku kembali memandang bulan yang semakin menampakkan dirinya.. Laungan takbir menerjah gegendang telingaku daripada corong speaker surau kampung.. Ku tersenyum seketika...

"Semoga bersua kembali ya Ramadhan!"


Copy and paste dari Cetusan Minda Seorang Pemuda

Ramadhan berlalu, Syawal menjelma






Tak lama lagi, Ramadhan kan berlalu. Sedih rasanya hati bila ditinggalkan Ramadhan sekali lagi. Apakah dapat kita berjumpa Ramadhan lagi pada tahun akan datang? Apakah dapat lagi aku beramal lebih pada bulan Ramadhan akan datang? Mudah-mudahan, berjumpa lagi.. InsyaAllah..

Dan tak lama lagi, Syawal akan menjelma. Pastinya ramai yang menantikan detik2 1 Syawal. Pastinya bunyi mercun dan bunga api berkumandang diruang langit pada waktu malam.. Muslimin dan muslimah sudah pastinya bergembira menyambut Syawal yang akan menjelang. Ya, sudah pasti juga aku turut gembira dengan ketibaan Syawal..namun hatiku ini tetap terasa kesedihan kerana kepergianmu, Ramadhan... Tak sanggup rasanya berpisah denganmu, tak sanggup rasanya.. Moga ketemumu lagi Ramadhan...InsyaAllah..Moga Allah mengizinkan..

Buat teman2, sahabat2, kawan2 dan yg mengenali diri ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Syawal dan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Mohon ampun, maaf zahir & batin..
Moga sama2 dapat menyambut Syawal dengan hati yang penuh kesyukuran dan keriangan... Kepada teman-teman yang memandu untuk pulang ke kampung masing2.. pandulah kenderaan anda dengan cermat.. semoga selamat sampai ke kampung halaman masing2.. 

Wassalam..

MurtabaK MaGgi





Gambar Sekadar Hiasan


Bahan2:
1.sebungkus meggi
2.sebiji telur
3.sedikit isi ayam yang telah direbus or digoreng
4.daun sup and hirisan cili.

cara:
rendamkan meggi sehingga kembang dengan air panas.kemudian,toskan meggi sehingga sejat airnya.pecahkan telur dan pukulnya kemudian masukkan kedlm mangkuk yang berisi meggi tadi berserta dengan ayam,daun sup dan hirisan cili,gaul sehingga sebati masukkan sedikit garam dan perencah meggi tadi.kemudian goreng diatas kuali yang leper sehingga nampak ianya masak....kemudian boleh lah makan dengan sos nanti.
selamat mencuba..

Kerana Satu Klik Malapetaka Berterusan Diterima



Sumber
www.iLuvislam.com
Oleh: Ismail Abu Bakar
dihantar oleh: miya myra


Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut. :

Mahfumnya:: Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. :

Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mahfumnya: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) 2 pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun."
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack dan Yahoogroup

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.

Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.


Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Berganda-ganda

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack
1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi
1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

Cerita Qabil

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhu’alam


-------------------------------------------

Memang byk sgguh dosa yg kadang kala kita ambil sambil lewa..
jd kepada sesiapa yg telah membaca article ni, diharap lebih berhati2 apabila nk forwardkn email..
bukan email yg terus terang salah jer yg perlu diambil perhatian, malah email2 yg berkenaan dgn keagamaan pn penting utk kita semak dahulu.. manalah tahu kalo2 email yg kita forwardkn mengandungi hadis palsu.. kan da brtmbh fitnah keatas junjungan besar kita.. wallahu'alam..

Air Mata Tafakur Ramadhan



www.iLuvislam.com

oleh: FiNaS_90


Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah assignment di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al-Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana perbincangan di sana sini. MP3 player berisi ayat-ayat Al-Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan mulia ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al-Anfal ayat 2 :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal!”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulullah SAW:
Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad)

Najwa singgah duduk di atas kerusi di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya. “Ya Allah hanya rahmatMu yang aku harapkan”.Dalam hati Najwa mengulangi doanya itu. Tiba-tiba terdetik di dalam hatinya: Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan? Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya. Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti program agama mingguan. Dia terasa sangat gembira kerana melihat wajah adik-adik yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah.

Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…” Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan. Najwa tersentak. Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin. “Oh… Di situlah silapnya…. Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini…. Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku” Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari percampuran bebas lelaki dan perempuan. Dengan perasaan malu itu juga, pakaiannya semakin sopan menepati cirri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh. Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan sebuah program semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam-kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al-Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi…

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab ?Maka tidakkah kamu berfikir?” Najwa teringat Surah Al-Baqarah ayat 44. Ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini… Aku mengharapkanMu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku… Walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap. Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia itu zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri. Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak memerlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya.

Tetapi, manusia lupa… Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan. Najwa terkedu… “Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati. “Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik. “Alah… Maaflah… Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil memberi salam. “Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyekat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya. Najwa sengih sahaja.

Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki?(Apa khabar iman kamu?)”. Hayati senyum, “Alhamdulillah… Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!” Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan?” Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar dari seorang Sheikh semasa solat terawikh kat mussollah”. “Surah Al-Ma’un ayat 4-5. Dalam ayat 4… Allah mencela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa kenapa, Najwa?” Hayati bertanya.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas berfikir. “Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannya fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Ia bukan merujuk kepada orang yang lalai semasa solat mereka. Seolah-olah, orang tu telah lari dari tujuan solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solat. Itu sebab Allah cela”.

“Macam kitalah, kalau dok dalam usrah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar usrah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu… What is the purpose of the usrah to begin with?” Hayati berkata. Hayati menyambung lagi, “Awak ni macam ade problem je…” Najwa melarikan pandangannya, “Hmm… Biasalah, hati kurang sihat”. Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah… Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasullullah SAW pernah bersabda, siapa yang dalam saat imannya rendah, tetapi masih berpegang kepada Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”. “Iman kita memang ada turun dan naik. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadaNya… Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “
wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu

"Awak tau Najwa… Asalnya, kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat… Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa. Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa kalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan diterima oleh Allah.


Sumbernya disini

17 September '08 @ 17 Ramadhan 1429


Apa ada pada hari ini? 17 September 2008 yg bersamaan 17 Ramadhan 1429, merupakan tarikh yg amat bermakna bg ku..

17 Ramadhan 1429 merupakan Hari Nuzul Al-Quran iaitu hari di mana Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya.



Pengertian Nuzul Al-Quran

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

Jika kawan2 ingin tahu selanjutnya mengenai Nuzul Al-Quran sila ke laman Mutiara Hati. Pengertian Nuzul Al-Quran tu aku ambil dari sana..


17 September 2008??

Buat pengetahuan semua, hari ini merupakan hari Ulang Tahun Kelahiran Tunangku yg ke....27..bertuahnya sebab hari lahirnya jatuh pada hari Nuzul Al-Quran.. mudah mudahan abang menjalani hari ini dengan sebaik-baiknya..

Tiada apa yg dapat aku bagi padanya.. hanyalah Ucapan yg terbit dari hati dan bibir buat dirinya.. dan juga doa yg panjatkan pada Allah.. untuk dirinya... "Abang, Selamat Hari Lahir. Semoga segala hajat dan harapanmu dikabulkan Allah SWT, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan,dan dibawah lindunganNya selalu...Amin"

ni kek untuk abang... yg real tggulah lepas puasa.. hehe

Menu berbuka puasa


Lama dah rasanya tak update blogku. Sunyi sepi jer blog ni.. huhu.. Esok dah 16 Ramadhan, cepat jer masa berlalu.. tak sedar dah separuh bulan dah kita umat Islam berpuasa. Apakah kita mengambil peluang yang sebaik-baiknya dalam bulan yang mulia ni untuk beramal dan meningkatkan keimanan kita?? InsyaAllah.. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi umat Islam yang beriman dan bertakwa pada Allah S.W.T...

kali ni aku nk tunjukkan gambar menu2 ketika berbuka puasa di rumah ku..







antara menu yang wajib: Cendol, kurma ngn air teh 'o' panas









kuih muih yg dibeli ataupun buat sendiri......






....ni cekodok betik namanya..
dibuat dari betik.. sedap...!!!














....ni sira pisang...

















...yg kuning2 tu buah tanjung.. yg putih2 tu namanya tahi itik.. huhu..
kat tepi tu murtabak..













...yg ni apatah namanya..
lupa la....
















haaaa... yg ni...
ehh... ni Tuyut...
la.. nk n-terpren jgk si Tuyut ni..
huhuhu....









cam tulah.. menu wajib masa berbuka selalunya cendol, kurma dgn air teh 'o'..
lepas tu adela kuih2 2, jenis... tu pun sikit jer la.. sbb enam org jer yg makan...
bila dh ramai tu la byk skit la kuih2 yg mak beli.. takpun buat sendiri kalau ade masa...
sekianlah dulu... heeee.....

Wanita Cantik yg suka Menangis...




Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?" Maka Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu. Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

Al-Fatihah


Petang kelmarin aku terima perkhabaran yang cukup sedih. Kembalinya Tok Ngah kepada Penciptanya dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah. Hampir sebulan arwah di hospital kerana sakit, dan hampir 2 minggu arwah tidak sedarkan diri... aku sempat menemaninya di hospital.. Kepergiannya amat aku rasainya, bahkan aku tangisi, kerana arwah telah ku anggap sebagai datuk menggantikan kedua-dua datukku yang telah meninggal beberapa tahun dahulu. Namun hidup mati Allah yang tentukan. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau. Perginya dalam keadaan yang baik. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memasukkannya didalam golongan orang-orang yang beriman dan bertakwa pada Allah S.W.T.. Amin.. Al-Fatihah..

Surah Al-Fatihah


Buat keluarga Tok Ngah Perempuan, aku dan tunangku ucapkan Takziah, semoga Tok Ngah Perempuan dan keluarga diberi kesabaran yang tinggi dan keteguhan iman. Hidup itu InsyaAllah, mati itu pasti...
 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner