Mahu Disayangi Suami



Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila. Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga.

Mula-mula sekali tanya Kenapa seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah beribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, wajib dipenuhi. Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan kesunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau begitu tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala kemewahan.

Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para isteri perlu menjawab soalan ini;
1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan itu?
2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?
3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila memandangnya?
4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia keletihan pulang dari kerja. Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan kemahuan suami.

Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuhnya padanya. Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri.

Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimulia dan dipandang tinggi, apa lagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga. Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda. Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam.

Adalah mustahil suami akan rela dia di “control” oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta dia diarah dan diperintah oleh isteri. Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami.

Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam soal yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia digunakan oleh suaminya. Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan rela untuk berkhidmat pada bial-bila masa.

Untuk itu, mungkin berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya: Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami. Membina akhlak yang mulia semoga dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa marah dan tawar hati.

Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan sahaja yang berjaya. Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan.

Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt.

Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang. Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya. Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya.

Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah? Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allah sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahu menghapus dosa-dosa mereka. Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka.

Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi. Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka.


Masa..




ku lihat jam di pergelangan tangan..

berdetik-detik bunyinya.. dari satu angka ke satu angka.. jarum jam sentiasa bergerak.. menggantikan hari demi hari.. minggu demi minggu.. bulan demi bulan.. tahun demi tahun..

tak sedar, dah nak masuk bulan april 2008. cepat rasanya masa berlalu.. usia pun makin berganjak.. terasa waktu berputar dengan begitu sahaja.. tanpa pengisian yang bersungguh...


~ mengeluh!!
Demi Masa Raihan
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...Yang beriman dan beramal saleh...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran...
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa...Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...Yang beriman dan beramal saleh...

Tujuh Golongan




Ayat-Ayat Cinta... Novel? Movie?


Ayat-ayat Cinta.. antara movie dan novel, yang mana pilihan anda..?
Macam advertisement la plak.. Sebenarnya saya cuma ingin memberi pendapat mengenai novel ACC dgn movie.. oh, yea.. kat malaysia belum sampai lagikan filemnya.. so yg ada internet tu bolehla search kat youtube AAC.. ada full movie kat sana.. sebelum nonton movie AAC tu baik baca novelnya terlebih dahulu barulah tgk dan lihat perbandingannya..

Ni pendapat saya la kan, bila dh tgk movie AAC tu.. mmg best la.. sampai keluar airmata... sedih..huhu... tapi hakikatnya,bagi saya novel AAC lagi menyentuh perasaan..

Sebenarnya byk sgt perbandingan antara movie AAC dgn novel AAC.. movie AAC ni lebih ke arah filem cinta semata. Perjalanan cerita juga byk berlainan daripada persamaan dalam novel. Sikap watak2 dalam movie juga berlainan dlm novel.. ada juga beberapa bahagian cerita yg penting dlm novel tak ada dlm movie.. adegan2 nya plak cepat bangat.. huhu..kalu bagi yg belum baca novel AAC tu pasti kata okla, kan.. not bad la..tp bagi saya novel AAC lagi lebih islamik.. lebih membangun jiwa..huhu..tak tahu nak huraikan mcm mana..

tgklah sendiri movie AAC dan sebelum tu bacalah novelnya terlebih dahulu.. pasti kawan2 tahu maksud saya.. so, bandingkan lah sendiri... saya just sekadar memberi pendapat saya mengenai movie AAC dgn novel AAC.. ampun maaf ya mas hanung bramantyo...huhu..



sebarang komen dan cadangan..? sila2..


Petua dan tips daripada Dr.Fatma

Hari tu dpt tips2 berguna yg aya bagi pada lynn, katanya berguna utk masa depan..
huhu.. thanks to you my friend..
nk tahu..? jom baca tips tips ni kat bawah..

Very useful..Petua dan tips daripada Dr.Fatma..(From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah)

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.Wallahualam.

Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca " Ya Badiyah " 1 x " Ya Nur " 1 x " Ya Hadi " 1 x " Ya Allah " 3 xBaca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.
2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)
3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.
4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

Sumber:http://www.blogmyway.org/entry.php?w=cahaya2&e_id=274

apa-apa aje la


Today, i dont have any class...

just staying at home, make some revision on discrete math and doing some paper seminar that not finish yet.. so much to do with the paper..

Yesterday, i have sit stat analysis test.. just got a little preparation. i think i can do on the test, but i dont know whether the answer is correct or not.. hehe..

so far, i feel release coz i can answer.

Boring rasanya ni.. sbb tu layan blog nih.. ada gak mende yg nk dicatit kt sini..
sambil2 surfing resources yg boleh di tambah dlm paper seminar.. hehe..
sambil2 tu menambah baikkan my blog2 yg ade ni..

owh ya, something that bother me with my pc ni.. skang ni lembap semacam je my pc..
padahal dh install spyware terminator, tp makin lembap lak.. terus uninstall spyware terminator tu.. skang ni pakai lak webroot spy sweeper.. trial versionnye.. huhu.. ntah.. confuse lak nk guna anti spyware apa..

oVeR tHe RaiNbOw


Somewhere over the rainbow

Way up high

There's a land that I heard of

Once in a lullaby

Somewhere over the rainbow

Skies are blue

And the dreams that you dare to dream

Really do come true

Some day I'll wish upon a star

And wake up where the clouds are far behind me

Where troubles melt like lemondrops

Away above the chimney tops

That's where you'll find me

Somewhere over the rainbow

Bluebirds fly

Birds fly over the rainbow

Why then, oh why can't I?

Some day I'll wish upon a star

And wake up where the clouds are far behind me

Where troubles melt like lemondrops

Away above the chimney tops

That's where you'll find me

Somewhere over the rainbow

Bluebirds fly

Birds fly over the rainbow

Why then, oh why can't I?

If happy little bluebirds fly

Beyond the rainbow

Why, oh why can't I?

Sejalur Cahaya Di Lorong Ini


Resah gelisah aku di lorong yang gelap, sunyi dan sepi,
Tercari-cari cahaya di semua arah ,
Namun hampa kecewa hatiku hiba,
Bila mana tiada satu yang aku jumpa,
Aku menyusuri lorong yang tiada kesudahan,
Di temani kegelapan dan ketakutan,
Namun ku gagahi kaki melangkah,
Demi mencari sejalur cahaya,
Telah jauh aku susuri,
Pelbagai onak telah aku tempuhi,
Namun cahaya jua masih belum aku temui,
Kecewa jua yang aku rasai,
Aku menangis dalam perjalanan ini,
Berdoa semoga akan aku temui,
Biarpun hanya segaris pelangi,
Buat menyuluhi lorong sepi ini,
Diam aku tertunduk,
Ku lihat cahaya di satu sudut,
Hambar ku rasa cahaya yang menyuluh,
Namun ku gembira,
Cahaya telah kutemui,
Biarpun suram dapat jua aku susuri,
Liku-liku yang mendatang kini,
Ku harap agar cahaya itu kian menerangi,
Lorong yang aku jelajahi ini,
Sehingga ke destinasi.. pasti..
 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner