Ramadhan berlalu, Syawal menjelma






Tak lama lagi, Ramadhan kan berlalu. Sedih rasanya hati bila ditinggalkan Ramadhan sekali lagi. Apakah dapat kita berjumpa Ramadhan lagi pada tahun akan datang? Apakah dapat lagi aku beramal lebih pada bulan Ramadhan akan datang? Mudah-mudahan, berjumpa lagi.. InsyaAllah..

Dan tak lama lagi, Syawal akan menjelma. Pastinya ramai yang menantikan detik2 1 Syawal. Pastinya bunyi mercun dan bunga api berkumandang diruang langit pada waktu malam.. Muslimin dan muslimah sudah pastinya bergembira menyambut Syawal yang akan menjelang. Ya, sudah pasti juga aku turut gembira dengan ketibaan Syawal..namun hatiku ini tetap terasa kesedihan kerana kepergianmu, Ramadhan... Tak sanggup rasanya berpisah denganmu, tak sanggup rasanya.. Moga ketemumu lagi Ramadhan...InsyaAllah..Moga Allah mengizinkan..

Buat teman2, sahabat2, kawan2 dan yg mengenali diri ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Syawal dan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Mohon ampun, maaf zahir & batin..
Moga sama2 dapat menyambut Syawal dengan hati yang penuh kesyukuran dan keriangan... Kepada teman-teman yang memandu untuk pulang ke kampung masing2.. pandulah kenderaan anda dengan cermat.. semoga selamat sampai ke kampung halaman masing2.. 

Wassalam..

2 bla bla bla:

Tanpa Nama berkata...

Salam ziarah..

ini adalah kunjungan pertama aku ke blog saudari. Sungguh nice blog beliau. hehehe..

apa2 pun, selamat hari raya aidilfitri. Semoga raya kali ini memberi rahmat yang melimpah buat kita semua. InsyaAllah..

Arlynn@Pelangi berkata...

Salam..

terima kasih saudara..
:)

Selamat Hari Raya juga ...
sama-sama, insyaAllah...

 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner