Kepada Mohamad Arqam Mohammad,
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan.
Saya, yang bernama Nurlin Ab Ghani menginginkan dan menerima anda Mohamad Arqam Mohammad untuk menjadi suami saya.
Saya juga bukanlah siapa-siapa. Saya juga hanyalah manusia biasa. Buat masa ini saya hanya mempunyai pekerjaan sementara. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki bagi menolong dan membantu suami bagi menampung keperluan keluarga kita kelak.
Oleh kerana itu, saya menerima anda supaya kita sama-sama dapat membantu untuk memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya juga tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya juga tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi seorang isteri dan ibu yang baik kepada anda dan anak-anak.
Kenapa saya memilih anda dan menerima anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih dan menerima anda. Saya juga sudah sholat istiqarah, dan saya yakin dengan petunjuk Allah. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah.
Saya juga tidak berani menjanjikan apa-apa kepada anda, Saya hanya mampu berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Selebihnya, hanya ada dalam pengetahuan Allah. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini…
0 bla bla bla:
Catat Ulasan