Sejalur Cahaya Di Lorong Ini


Resah gelisah aku di lorong yang gelap, sunyi dan sepi,
Tercari-cari cahaya di semua arah ,
Namun hampa kecewa hatiku hiba,
Bila mana tiada satu yang aku jumpa,
Aku menyusuri lorong yang tiada kesudahan,
Di temani kegelapan dan ketakutan,
Namun ku gagahi kaki melangkah,
Demi mencari sejalur cahaya,
Telah jauh aku susuri,
Pelbagai onak telah aku tempuhi,
Namun cahaya jua masih belum aku temui,
Kecewa jua yang aku rasai,
Aku menangis dalam perjalanan ini,
Berdoa semoga akan aku temui,
Biarpun hanya segaris pelangi,
Buat menyuluhi lorong sepi ini,
Diam aku tertunduk,
Ku lihat cahaya di satu sudut,
Hambar ku rasa cahaya yang menyuluh,
Namun ku gembira,
Cahaya telah kutemui,
Biarpun suram dapat jua aku susuri,
Liku-liku yang mendatang kini,
Ku harap agar cahaya itu kian menerangi,
Lorong yang aku jelajahi ini,
Sehingga ke destinasi.. pasti..

0 bla bla bla:

 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner