Going To Kajang, KL


Malam ni aku akan bertolak ke Kajang, bas pukul 9.00 malam.. :mRempit:Lusa plak 11 hb.. aku akan menghadirkan diri di pusat temuduga di KL.. Gementar tu ada.. :puteh_4: Tapi aku tidak tahulah apa yang akan terjadi nanti.. Mudah mudahan segalanya berjalan dengan baik.. Mudah mudahan Allah memberi ketenangan dan kemudahan padaku untuk menjawab soalan yang ditanya nanti. Hanya apa yang mampuku lakukan adalah usaha, berdoa dan bertawakkal. Ku sandarkan segalanya pada Allah.. Apa yang aku perlukan sekarang adalah keyakinan untuk menghadapi panel2 nanti.. :puteh_6: InsyaAllah... Akan ku lakukan yang terbaik untuk diri ini..
Sampai jumpa lagi yer.....:puteh_27:

Cinta Batu Belah






Ada Untukmu-Nubhan

Di sana pungguk
menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

...............................................

Kupasan ku::pingu_02:

Ni adalah lirik lagu tema cerita Cinta Batu Belah yang ditayangkan di TV3 pada pukul 4.30 hingga 5.30 ptg hari Isnin hingga Khamis dan ulang tayangnya pula di TV9 pada pukul 8.30 hingga 9.30 malam hari Isnin hingga Khamis juga dalam slot Lagenda.

Cerita ini yang mengisahkan seorang gadis, Safiyah, yang mengikut kata hati tanpa mempedulikan kata-kata ibubapa demi cintanya pada kekasih hati, Suffian. Dia dibuang oleh ibunya lalu membawa diri mengikut suami tercinta. Dianugerahkan dengan kehadiran 2 cahaya mata, namun akhirnya dia menderita hati apabila kematian ibu mertua dan suami tercinta, ditambah lagi dengan fitnah yang ditabur oleh seseorang yang mendendaminya/tidak puas hati. Pernah dia membawa anak-anaknya bertemu ibunya dengan harapan bila melihat kedua cucu itu ibunya berlembut hati. Tetapi hati si ibu begitu keras, si ibu tetap tidak dapat menerima kehadiran dia dan anak-anaknya kembali. Dengan 2 cahaya mata anugerah Allah, dia teruskan hidupnya dengan jerih perih tanpa putus asa.

Kerana kempunan daging rusa, dia membeli sate daging rusa tetapi tidak sempat dimakan, kerana dimakan oleh anaknya. Kecewa dan sedih kerana sikap anak-anak yang tidak menjaga hatinya dia membawa diri ke dalam hutan bersama tangisan. Anak-anaknya memohon maaf dan memohon dirinya untuk pulang. Namun kerana ajalnya sudah tertakdir, dia tergelincir dan jatuh kedalam lombong lalu dihempap batu besar ke dasar lombong. Selepas kehilangan si ibu, anak-anaknya dipelihara oleh Opah, jiran si ibunya yang sering mengambil berat akan keluarga itu.

Begitulah yang dapat ku kupas setakat ini. Berakhirnya kisah Safiyah, dan selepas ini kesinambungan cerita ini aku fikir akan diteruskan pula oleh kedua anaknya, Natrah dan Fikran. Bagi aku, cerita ni best, sedih ada.. syahdu ada.. cerita ni pun terselit dengan seribu pengajaran dan mesej2 yang tersendiri. Tak rugi tengok.... So, sape2 yang tak dapat tengok waktu petang di tv3, tengoklah di tv9 waktu malam..ataupun you all boleh search kat youtube.. ok..
Lagu temanya pun sedap..syahdu jer....:puteh_11:huhu..



oklah.. akan ku kupas lagi cerita ini dimasa akan datang.. insyaAllah..
jumpa lagi..
:puteh_27:

Aku bosan...???






Bosannya hari-hari yang aku lalui..
:cinonet_03:
Hari-hari sama sahaja rutin ku..
kadang2 bosan..kadang2 entahlah..
lambatnya dapat kerja..

:soldier_51:

Hai..
nasib nasib..
manalah rezeki ku..
hari-hari duk depan laptop..
:soldier_61:

surf itu surf ini..
hantar resume ke situ ke sini..
tapi satu pun hampas..
nasibla ada satu interview..
mudah mudahan rezeki..
tapi, entahla jugak..
usaha dan tawakkal jer lah..
itu jer yang mampu ku lakukan..

aku pun dah tak mengajar kelas tuisyen..

:pingu_17:
kata pengendali kelas tuisyen tu..
dia nak cari tempat baru..
tempat yang lebih murah..
berbanding dengan tempat lama tu..
mahal..
murid2 pun berapa kerat jer..
macam tak berbaloi buat tuisyen...
modal pun tak dapat..
rindu plak nk jumpa anak2 murid ku tu..
huhu..

:cinonet_08:


aku pun dah lama tak menulis dan berkarya..
rasa cam beku jer kepala otakku..
@males
karya-karyaku yang dah lama aku tulis..
tak bersambung lagi..
ntah bila agaknya nak tamat.. huuhu..
nampaknya aku kena warm up balik..:pingu_04:
huhu...

eshh..ishh.. melalut la plak aku ni

:puteh_23:
hehe.. oklah.. nak sambung buat kerja ni..
jumpa lagi....:puteh_27:

Alhamdulillah


Alhamdulillah, syukur ku kepada Allah, pembedahan abahku selamat dan abah kembali sihat. sekarang ni dalam perjalanan balik ke rumah. :cinonet_17: Hehe... aku happy sangat2.. dan Alhamdulillah juga sebab tunangku mendapat pekerjaan yang lebih baik. :girl_4:Mudah-mudahan beliau sentiasa dalam rahmatNya.. Amin.. Tak lama lagi aku akan menghadiri temuduga guru Mara. Aii...berdebar jugak. :pingu_08:Yerlah, aku tak ada pun pengalaman ditemuduga ni..:puteh_23:..huhu.. tapi sedikit sebanyak tunangku bagi panduan dan nasihat...:puteh_2:
banyak jugalah yang aku kena prepare.. kena buat mikro teaching lagi.. huhu.. tengah cari topik yang sesuai dan yang paling aku expert.. tapi belum jumpa lagi yang mana sesuai..
pening gak..:cinonet_13:.. adei... apa-apa pun aku kena siap awal2.. prepare awal2.. dan bina keyakinan untuk temuduga tersebut.. :puteh_4:.. insyaAllah mudah mudahan aku mampu dan boleh meyakin pegawai2 yang temuduga aku tu untuk ambil aku sebagai guru Mara.. Amin.. Terima kasih buat tunangku, kekasihku yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan padaku..:wink:.. tanpamu siapalah aku.. huhu..:pingu_37:..
oklah.. jumpa lagi....:puteh_27:
 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner