Rezeki ada dimana2 asalkn berusaha..

Aku kini sudah selesai menjalankan tugasku sebagai guru ganti di sebuah sekolah agama di sekitar Kota Bharu. Dan sudah beberapa hari jugalah aku tidak tahu buat apa. aku teringin kembali mengajar semula, ingin kembali ke sekolah tersebut. Rasanya sudah sebati jiwaku dengan mengajar dan mendidik anak2 di sekolah. Kerana itulah yang menenangkan hatiku sebenarnya. Walaupun pelbagai tugas yang diberi selain mengajar dan mendidik tetapi aku seronok sekali menjalankan amanah yang diberi. Biarpun berasa penat dan letih tetapi itulah kepuasan bagiku.

Sekarang ini aku kembali tidak bekerja. Termangu-manggu dirumah tidak tahu buat apa. Aku cuba buka minda, mind set ku untuk cuba melakar kerjaya lain selain mengajar. Aku cuba menanam dan memupuk minatku pada pekerjaan lain. Aku melayari beberapa web mencari kerja, namun aku tidak tertarik sama sekali dgn kerja yg lain, malah kelayakan yg aku ada ini tidak menepati ciri2 pekerjaan tersebut. Ermm... Aku ingin mencuba, itulah yang aku mampu..

Aku memang ingin bekerja.. ingin mencari nafkah yang halal.. Menampung dan menyimpan untuk aku dan keluarga yg akan dibina tak lama lagi... Alangkah baiknya jika aku melangkah keluar dari tempat aku, keluar dari tempurung aku. Mungkin rezeki aku berada diluar, tetapi aku tak mampu berbuat demikian, demi menjaga hati dan perasaan kedua org tuaku, aku terpaksa berbuat demikian. Tak mengapalah, asalkan aku dapat mengembirakan mereka, itu sudah memadai bagiku. Dan aku masih lagi mencuba mencari ruang-ruang kerja disini.. Jika ada rezekiku di sini, alhamdulillah.. Ya Tuhan, Ya Allah... bukakanlah pintu-pintu rezeki buat aku.. juga buat insan yg dikasihi selalu..

Dan semesti aku harus berusaha mencari rezeki2 yang Engkau turunkan..
Bukankah setiap insan yang lahir telah tercatat rezeki mereka masing2...kan..?

Teringin juga untuk berniaga. Tetapi aku ini tidak tahu menahu alam perniagaan. Kalau lah ada rakan kongsi, boleh agaknya.. nak berniaga apa yer, mana nak cari modalnye yer.. huhu

0 bla bla bla:

 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner