Ramadhan datang lagi bersama Merdeka

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, syukur padanya kerana aku masih lagi bernyawa menyambut Ramadhan yang penuh barakah ini. Mudah mudahan Ramadhan kali ini dapat kita sama-sama penuhi dengan meningkatkan lagi amal ibadah dan keimanan kita kepada Yang Maha Esa disamping berpuasa. InsyaAllah..

Bagi diriku, Ramadhan kali ini sangat bermakna. Ya, kerana Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang merdeka. Kenapa ku kata demikian?


Merdeka negaraku merdeka

Negara kita Malaysia tahun ini menyambut kemerdekaan. Tetapi adakah diri kita sepenuhnya merdeka? Bagi ku, walaupun negara kita sudah bebas dari jajahan dan taklukan kuasa asing, tetapi pemikiran, minda dan intelek masyarakat kita masing lagi dikuasai oleh pemikiran asing.
Tengoklah sendiri budaya-budaya yang kita pelopori sekarang ini bukankah asalnya dari kuasa asing? Akademi fantasia, gangstars, malaysian ideal dan pelbagai lagi bentuk hiburan yang melalaikan anak-anak remaja Malaysia. Sampai bilakah kita akan terus dikuasai budaya asing?
Inilah yang menyedihkan..


Ramadhan yang ku tunggu


Bukankah kedatangan Ramadhan untuk memerdekakan diri kita dari perkara-perkara yang melalaikan.. Ya, bulan Ramadhan inilah masa yang paling sesuai untuk memerdekakan diri lalu merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Semangat menuju perubahan itulah yang jauh lebih baik…!!! Itulah Merdeka maknanya.

Jom berlumba-lumba dalam kebaikan… Cuma bulan ini yang memberi pahala yang berganda lebih atas semua amal soleh yang kita kerjakan..

Kepada semua pembaca, ku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51. Merdekanya kita kerana Ramadhan... InsyaAllah..

0 bla bla bla:

 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner