Kasih sayang : Mulakan dengan diri anda

TUHAN anugerahkan kita dengan segala rahmat. Antara rahmat yang paling tinggi dan tidak ternilai ialah nyawa kita. Tuhan memberi nyawa sebagai amanah yang perlu kita jaga sebaik-baiknya. Salah satu tanda kita menjaga semua amanah Tuhan ialah dengan menyayanginya dengan sepenuh hati. Kita menjaga nyawa kita supaya kita sentiasa berada di dalam keadaan sihat untuk terus beribadat kepadaNya. Kita jauhi diri kita dari pelbagai jenis penyakit. Badan kita perlu dijaga supaya sentiasa sihat untuk beribadah. Salah satu caranya ialah dengan menjaga makanan kita serta kecergasan fizikal kita. Bersenam 30 minit sehari selama tiga hari dalam seminggu InsyaAllah dapat menjaga kecergasan diri kita. Kita jauhi dari tabiat atau gelagat buruk yang akan mendatangkan penyakit kepada kita seperti merokok dan menghisab dadah. Kita juga perlu menjaga minda kita dengan mempelajari ilmu yang berguna.

Sayangnya Tuhan kepada umat manusia hingga diberikan pedoman atau panduan dan contohan (Nabi dan Rasul) untuk kita dapat mengalami kehidupan yang sempurna. Sempurna kehidupan ialah dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Emosi kita juga adalah satu anugerah Tuhan. Apabila hati kita tenang, emosi kita pun tenang. Apabila kita merasa risau itu adalah satu tanda kita diuji oleh Tuhan sama ada kita sabar atau tahan ujian atau tidak. Sebelum kita menyayangi orang lain, kita perlu sayang diri kita sendiri. Kita sahaja yang mengetahui tentang kekuatan, kelemahan dan potensi diri kita. Mungkin segala panca indera kita iaitu dengar, lihat, rasa dan hidu berada di dalam keadaan yang sihat atau baik. Kekuatan panca indera ini kita gunakan ke jalan yang baik seperti belajar dengan rajin, bekerja dengan tekun, jujur dan sebagainya. Jika deria kita lemah seperti tidak suka mendengar kuliah, tidak suka membaca (melihat) buku dan lain-lain, itu adalah kesalahan diri kita sendiri yang boleh kita baiki. Kita selalu gagal manfaatkan anugerah yang diberikan oleh Tuhan Mungkin kita juga tidak bersyukur dengan anugerah Tuhan.

0 bla bla bla:

 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner