Assalamualaikum..
Terasa begitu lama aku tidak mencoretkan ceritera di ruangan blog ku ini dan Lama juga aku tidak menjenguk blog kesayanganku yang banyak aku coretkan kisah yang berlaku dalam hidupku ini. Kali ini aku berkesempatan untuk bercerita semula biarpun tugasan masih ada.
Bergelar seorang guru menuntut banyak kesabaran dan semangat yang kuat. Lebih- lebih lagi guru yang mengajar di sekolah rendah.Kali ini aku berpeluang menimba pengalaman mengajar anak-anak didik sekolah rendah, begitu juga sekolah menengah.
Tahun ini merupakan tahun pertama aku bergelar guru yang diiktiraf. Dan minggu ini merupakan minggu pertama sesi pengajaran. Tahun ini aku ditugaskan untuk membuat jadual, menjadi guru kelas tahun 6, s/u peperiksaan UPSR, s/u kebajikan dan keceriaan dan bendahari badan dakwah sekolah. Banyak betul jawatan yang aku sandang, terasa sangat bebanan yang akan aku galas. Sehingga aku rasa aku tidak mampu memikul semua jawatan yang diberikan. Sedangkan membuat jadual sekolah pun sudah memenatkan dan memeningkan, inikan pula jawatan-jawatan yang lain..Berserah dan bertawakkal sahaja kepada Allah SWT, semoga DIA memberikan aku semangat yang kuat dalam menempuhi cabaran ini.. amin...
Bermula hari ini, aku akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman aku mengajar di sekolah. Selama 4 hari bermula sekolah, pelbagai ragam pelajar yang aku tempuhi. tapi alhamdulillah, pelajar-pelajar di sini semuanya anak-anak yang baik.
Mari aku ceritakan peristiwa yang mencuit hatiku di sekolah semasa sesi pengajaran yang sedang aku jalankan. Ketika itu aku mengajar Matematik Tahun 1.
Pelajar Tahun 1 ialah seramai 16 orang. Semuanya kecil-kecil, comel-comel.
Kisahnya anak-anak ini ada yang pandai ada yang cerdik ada yang kurang pandai. Yang kurang pandai susahnya nak membuka mulut bila ditanya. Ada pulak tu, ketika aku sedang mengajar ada yang makan, main tarik-tarik, betulkan tudung, ada yang galas beg..hehe..macam-macam,kadang-kadang tu aku rasa nak tergelak pun ada. Sehingga la ketika tempoh masa aku mengajar sudah tamat, mereka semua galas beg masing-masing bersedia untuk pulang, sedangkan ketika itu masih lagi ada subjek lain yang akan mereka pelajari.
"Cikgu, buleh balik doh ko?"
"ye, ye..balik..!"
Apa lagi aku pun jawab.. "Eh..tok balik lagi, balik lambat lagi. Letok dulu beg, cikgu lain pulok masuk skit lagi. Duk dale kelas, jange gi mano-mano.."
Risau jg aku, takut nanti bila aku keluar dari kelas mereka terus keluar kelas, balik..huhu..
Seharian di sekolah memang memenat dan meletihkan. Lebih-lebih lagi memegang jawatan yang banyak. Sekejap-sekejap meeting sini, lepas tu sambung meeting sana..pastu situ, pasti sinun..huhu... Mudah mudahan Allah bersama ku menuntun aku menggalas tanggungjawab ini dengan sebaik baiknya... amin..
Video Raya santai
Setahun yang lalu
0 bla bla bla:
Catat Ulasan