Perpisahan Yang Sementara


Sabtu lalu aku mendapat panggilan dari abahku di kampung, katanya aku mendapat surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat itu adalah surat penempatan ku sebagai Guru Sandaran Terlatih. Alhamdulillah.. Aku di tempatkan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan iaitu SMU (A) Al Fitrah, di Kg Pasir Sat, Tanah Merah. Syukur kerana aku tidak perlu berfikir untuk mencari rumah sewa kerana sekolah itu berdekatan dengan rumah mertuaku. Namun aku dukacita kerana tarikh untuk melaporkan diri adalah pada 26 Oktober 2009. Bermakna aku masih ada sehari untuk pulang ke kampung. Menurut abahku, surat itu menyatakan tarikh lapor diri adalah pada hari isnin 26hb okt, namun tempoh untuk melaporkan diri adalah selama 30 hari dari tarikh tersebut. Aku ingatkan ingin balik ke kampung setelah suamiku pulang dari kursus. Tetapi lain pula jadinya bila JPN Kelantan menelefon ku pada hari Ahad keesokan harinya untuk memaklumkan padaku supaya melaporkan diri di JPN pada hari isnin seterusnya. Fikiranku bertambah buntu. Esok dah hari Isnin, kerja di ofisku berlambak,dan seterusnya dengan nasihat dan pandangan keluarga dan mertuaku, aku pulang jaga ke kampung pada malam itu.

Alhamdulillah, selesai sudah perkara tersebut. Pada malam isnin tu aku pulang semula ke putrajaya untuk meneruskan kerja-kerja yang berbaki. Berita yang aku mendapat posting mengejutkan rakan-rakan sepejabatku. bermakna aku akan meletakkan jawatan dalam tempoh beberapa hari lagi. Sedihnya untuk aku tinggalkan teman-temanku di sana lebih lebih lagi kak na, dee dan kak sheema. Perpisahan itu menyeksakan.. huhuhu.. InsyaAllah, teman-temanku..di kemudian hari kita akan bertemu kembali...

Paling menyedihkanku, aku terpaksa berjauhan dgn suamiku. Dia di sana, aku di sini..
Hari-hari yg mendatang akan penuh dgn bunga-bunga rindu, dan cinta.. argghh..pahit rasanya nak ku telan.. berjauhan.. dengan insan yg aku cintai dan sayangi.. tetapi demi tugas, cita-cita dan impian kami berdua, sanggup kami berkorban.. insyaAllah, mudah mudahan kami berdua akan bersama kembali.. untuk sementara ini berjauhan itu mengajar kami erti kesabaran, kerinduan...dan keimanan..

Yang pastinya cita-citaku yang ku tanam sejak dari kecil kini membuahkan hasil.. manis-manis masam adanya.. huhu.. wassalam...

0 bla bla bla:

 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner