Bicaraku - Si Pelangi


Tak terlambat rasanya untuk aku ucapkan Salam Maal Hijrah 1430H dan Tahun Baru 2009M kepada semua pembaca blogku yang budiman, yg baik hati, yg luhur budi.. hehe.. Apa yer azam tahun baru 1430H dgn 2009M.. Azam ku.. ermm.. rasanya masih lagi sama dengan tahun lepas tetapi ditambah lagi dengan beberapa perkara yang baru.. huhu..

Ermm.. dah lama rasanya aku tak update blogku sejak akhir2 ini.. Walaupun beberapa kali aku datang menjenguk blogku sendiri tapi tak terlintas pun nak update blog ni. Mungkin tak terbuka hati lagi sehingga la hari ni baru aku rasa mahu meluahkan apa yang terpendam dan yang terbuku dihati. Sarat rasanya hati ini dengan pelbagai perasaan,walaupun sudah ku luahkan pada seseorang namun bebanan perasaan masih lagi bersisa dihati. Ingin aku luahkan disini.. ingin aku mencoretkannya.. tapi tak terluah... tersekat di dasar hati.. jauh di dalam hati... mgkin aku ini seorang yg suka memendam segala masalah dan perasaan.. biar apapun biarlah aku mengadu pada Allah SWT.. aku cuba bermuhasabah diri.. mendekatkan diri denganNya..itulah yang mampu aku lakukan..selain berusaha menyelesaikannya..

Hidupku mungkinla bagi seseorang itu, penuh dengan kegembiraan namun hakikatnya kegembiraan yang terpancar itu penuh dengan kepalsuan semata.. Kekadang aku ingin lari, tapi kemana... mungkin orang melihat aku, seorang yang tidak mempunyai masalah.. namun hakikatnya mungkin masalah yang aku hadapi ini lebih berat dari mereka.. Semuanya bergantung pada iman..





Aku jumpa ni kat testimoni iluvislam.com.. kata-katanya puitis..

persis kata hati ku dulu..:girl_5:

0 bla bla bla:

 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner