Cinta Batu Belah






Ada Untukmu-Nubhan

Di sana pungguk
menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

...............................................

Kupasan ku::pingu_02:

Ni adalah lirik lagu tema cerita Cinta Batu Belah yang ditayangkan di TV3 pada pukul 4.30 hingga 5.30 ptg hari Isnin hingga Khamis dan ulang tayangnya pula di TV9 pada pukul 8.30 hingga 9.30 malam hari Isnin hingga Khamis juga dalam slot Lagenda.

Cerita ini yang mengisahkan seorang gadis, Safiyah, yang mengikut kata hati tanpa mempedulikan kata-kata ibubapa demi cintanya pada kekasih hati, Suffian. Dia dibuang oleh ibunya lalu membawa diri mengikut suami tercinta. Dianugerahkan dengan kehadiran 2 cahaya mata, namun akhirnya dia menderita hati apabila kematian ibu mertua dan suami tercinta, ditambah lagi dengan fitnah yang ditabur oleh seseorang yang mendendaminya/tidak puas hati. Pernah dia membawa anak-anaknya bertemu ibunya dengan harapan bila melihat kedua cucu itu ibunya berlembut hati. Tetapi hati si ibu begitu keras, si ibu tetap tidak dapat menerima kehadiran dia dan anak-anaknya kembali. Dengan 2 cahaya mata anugerah Allah, dia teruskan hidupnya dengan jerih perih tanpa putus asa.

Kerana kempunan daging rusa, dia membeli sate daging rusa tetapi tidak sempat dimakan, kerana dimakan oleh anaknya. Kecewa dan sedih kerana sikap anak-anak yang tidak menjaga hatinya dia membawa diri ke dalam hutan bersama tangisan. Anak-anaknya memohon maaf dan memohon dirinya untuk pulang. Namun kerana ajalnya sudah tertakdir, dia tergelincir dan jatuh kedalam lombong lalu dihempap batu besar ke dasar lombong. Selepas kehilangan si ibu, anak-anaknya dipelihara oleh Opah, jiran si ibunya yang sering mengambil berat akan keluarga itu.

Begitulah yang dapat ku kupas setakat ini. Berakhirnya kisah Safiyah, dan selepas ini kesinambungan cerita ini aku fikir akan diteruskan pula oleh kedua anaknya, Natrah dan Fikran. Bagi aku, cerita ni best, sedih ada.. syahdu ada.. cerita ni pun terselit dengan seribu pengajaran dan mesej2 yang tersendiri. Tak rugi tengok.... So, sape2 yang tak dapat tengok waktu petang di tv3, tengoklah di tv9 waktu malam..ataupun you all boleh search kat youtube.. ok..
Lagu temanya pun sedap..syahdu jer....:puteh_11:huhu..



oklah.. akan ku kupas lagi cerita ini dimasa akan datang.. insyaAllah..
jumpa lagi..
:puteh_27:

0 bla bla bla:

 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner