Istimewa Wanita

  • wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh allah kerana seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat...
  • wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan...
  • wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah" Allah akan memberkati rezekinya..
  • wanita yang menya pulantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu di Baitullah...
  • wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari...
  • wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari...
  • wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji...
  • sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan di kira sebagi mati syahid...
  • jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat...
  • jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya...
  • jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa...
  • jika wanita memicit suami tanpa di suruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan wanita memicit suami bila di suruh akan mendapat 7 tola perak...
  • wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga...
  • jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat...
  • semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memeberati auratnya iaitu memakai purda di dunia ini dengan istiqamah... .

Alhamdulillah

Alhamdulillah, hampir 3 bulan sudah perjalanan hidup aku yg bergelar isteri.. dan alhamdulillah jg ku panjatkan padaMu ya Rabb..kerna mengurniakan aku seorang suami, peneman hidup ku yang bersisa ini, seorang yang memahami..penyayang, bertanggungjawab..walaupun kadang2 ada jg sikapnya yg tidak aku senangi..namun aku lebih melihat pada kelebihan, dan kekuatan yang dia ada.. dan apa yg kurang padanya akulah pelengkap pd dirinya.. mudah mudahan kami sama-sama tabah dalam menjalani hidup kami berdua..


Aku kini sudah bekerja..namun kerja hanya utk 6 bulan.. kontrak saja.. walau apa pun ada la jgk duit saku skit2..dapat la aku cover apa yg xdapat hubbyku cover.. insyaAllah, aku sanggup berkorban apa saja demi sebuah rumahtangga yg kami berdua bina...moga2 rahmat dan berkat Allah bersama kami.. InsyaAllah..

Episod baru dlm hidupku




Alhamdulillah.. segala puji-pujian hanya milik Allah..
Allahu Akbar... Allah Maha Besar...
Subhanallah... Maha Suci Allah...

Episod baru dalam hidupku kini bermula. AKu bukan lagi berstatus bujang, anak dara, available atau seangkatan dengannya.. namun kini aku bergelar seorang isteri, bukan lagi menjadi milik abah dan emak, tapi kini milik suamiku. Aku bukan lagi tanggungjawab abah dan emak tapi tanggungjawab suamiku..

Kini aku memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri.. memang berbeza dgn zaman anak bujang dulu.. dulu boleh la pergi sana sini dgn senang hati.. tp skrng ni kena mintak izin suami..
yelah suami yg lebih utama bila dh berkeluarga ni..

Mudah mudahan aku dpt memikul tanggung jawab ini dengan sebaik-baiknya.. demi mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.. Moga perkahwinan kami ini disinari kebahagian...

Trilogi Cinta Epik





awan,
kalau dapat dicapai,
maka saktilah hamba,

tatkala cinta berbisik,
suaranya memuji TUHAN,
pabila rindu terusik,
Rasulnya jadi pilihan,

dendam itu bara,
marah itu api...



Baru semalam aku selesai membaca novel Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Mursyid...
Tak sampai 2 hari aku baca.. cerita yang digarapkan oleh novelis epik ini begitu terkesan dalam hatiku..

Sebermulanya Bagaikan Puteri, kemudian Cinta Sang Ratu, dan akhirnya Hijab Sang Pencinta..
Ketiga-tiga novel ini menggamit hatiku melayari, menyusuri jalan cerita yang mendebarkan dan mengasyikkan.. Jalan cerita seakan hidup..

Aku seakan terbawa ke kurun 15 bersama cinta Laksamana Sunan, Saifudin.. Rasanya mcm aku plak Haryani.. hehehe... Utuhnya cinta Sunan kepada Yang Maha Kuasa.. tiada kuasa besar selain Allah Yang Maha Besar..

Aku agak mesti ramai pembaca diluar sana bila membaca novel trilogi ni akan jatuh cinta dengan watak Laksamana Sunan.. ohhh... aku pun terjatuh cinta dengan Laksamana Sunan... biarpun hanya watak cerita sahaja..

Opppsss..alamak... habislah kalau tunangku tahu aku jatuh cinta lagi.. hehe..
buat tunangku.. cintamu tetap dihatiku...:girl_5:
dan akan jadi milikmu...

hehe..jange maroh deh abang sayang....!
 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner