Surat Lamaran Untukku

Kepada Nurlin Ab Ghani

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan.

Tapi saya mohon bacalah mesej ini hingga akhir.
Baru kemudian silakan dibakar atau dibuang, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama Mohamad Arqam Mohammad menginginkan anda Nurlin Ab Ghani untuk menjadi isteri saya.

Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menumpang rumah abang saya. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menumpang selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah.

Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

Terima Kasih....

Assalamualaikum...

Aku ingin ucapkan terima kasih byk2 pada kengkawan yg wish dan mendoakan kebahagian dan jodoh aku dengan tunangku.. mudah mudahan kengkawan juga bahagia sentiasa...

Aku kini bergelar guru.. tp guru ganti jer.. huhu.. posting pun tak tahu bila lagi.. aku jadi guru ganti di Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka.. mengajar B.Inggeris Form 2...

Seronok, memang seronok jadi cikgu@guru ni, mengajar budak2 yg tak pandai.. tapi sebenarnya profession perguruan ni banyak meraih kesabaran, ketabahan, keazaman, kegigihan dan sebagainya dalam mendidik pelajar2 ni.. jika tiada kesabaran, alahai.. ntahla apa akan jadi.. huhu..
Mental dan fizikal perlu kuat..

Aku baru jer 4 hari mengajar.. banyak juga kerenah pelajar2 di sekolah ni.. terutamanya kelas2 yg aku mengajar.. apa taknya, time aku mengajar, sesuka hati jer budak2 ni keluar masuk.. hangin jgk ler aku ni.. dahla apa yg aku ajarkan mereka buat endah tak endah jer.. rasa putus asa je nk ajar mereka.. huhu.. sabar jer lah aku ni... nasib baikla aku ni sabar...
(Ceh, perasan lak....huhu)

Saat Itu Aku..

cincin yg disarung ke jari manisku...


Assalamualaikum...

Pertama sekali, aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi,
di atas segala limpah rahmatNya ke atas diriku.

Tanggal 14 Jun 2008, aku kini bergelar tunangan insan yang aku cintai dan yang aku sayangi..

Alhamdulillah.. mudah-mudahan Allah mempermudahkan jodoh ku dengan tunangku.. meluaskan rezeki untuk kami berdua... dan mengurniakan kesihatan yang baik pada kami berdua...

Amin ya Rabbal Alamin..

Penat, Gembira, Berdebar....

Sudah 2 minggu aku tak update blog ni.. hampir suram blogku ini.. biarpun aku tahu mgkin tidak akan ada sesiapa yg sudi membaca, namun aku tetap utk mencatitkan sesuatu dlm blog ku ini biarpun sebagai tatapan ku sendiri..

seminggu dua ni aku agak sibuk sikit.. 25hb mei baru2 ni aku menemani mak saudaraku ke konvokesyen anaknya di UiTM Shah Alam..penatlah jugak sebab terkejar2 dengan anaknya yang akan mendirikan masjid pada 29hb mei.. balik jer dari Shah Alam terus aku tolong kerja2 utk menyiapkan majlis kahwin sepupuku.. lepas tu pada 31hb mei aku dan famili kena pegi 'mengantar' sepupu ke umah suaminya di perak.. 1hb jun terus balik.. huhu.. takke penat... dan seminggu lagi majlis pertunangan aku pula.. insyaAllah... berdebar rasanya hati ni.. ni baru jer nk bertunang.. belum lagi majlis akad nikah nak jadi isteri orang.. huhu...

Dulu2 aku yg selalu teman mak su ngn sepupu time mereka nk bertunang dgn bernikah, aku la yg menenteramkan mereka dengan selamba aku cakap 'ala rileksla.. jgn nervous..' huhu.. sekarang, giliran aku lak.. baru aku tahu bagaimana perasaan sepupuku sewaktu dia bertunang dahulu.. ishh.. berdebar sungguh.. huhu...
 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner