Doa HaRi LaHir UntUk Ku




Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.



Difference In Me


There's something in the silence
I never used to feel
There's something about knowing
That tells you this is real
When you're close
all I know I don't want to let you go

[Chorus]
Hello happiness
Tell me where you've been
I missed the sound of your voice
missed the touch of your skin
It's no secret I'm Not who I used to be
Anyone can see
You're the difference in me
Oh the difference

I'm standing at your doorstep
Let me look into your eyes
We could strip away the secrets

[ From: http://www.metrolyrics.com/difference-in-me-lyrics-westlife.html ]

Between you and me tonight

Won't you say it's OK
Let the world just fade away

[Chorus]

Yeah the difference in me
The difference
When you're close all I know I don't want to let you go

[Chorus]

Yeah the difference in me
Oh the difference
There's something in the silence I never used to feel

hehe

~@ 2011 @~


Sedar tak sedar, kini kita sudah di tahun 2011.. pejam celik pejam celik..sekejap saja rasanya, usia makin bertambah, dari nombor sikit menjadi semakin banyak.. 2011.. Tahun baru yang telah pun diraikan oleh pelusuk dunia.. Welcome 2011..biarpun terlewat, namun rasanya masih tak terlambat.. apa-apapun... apa azam baru tahun baru ni yer.. hehe.. me? for sure ada.. yang penting..usaha untuk mencapai azam dan matlamat kita itu..



hehe

Sedihnya...


Pagi tadi bila aku dapat tahu saja keputusan pertukaran tempat mengajar, mood aku down habis..nak buat kerja pun dah tak ada feel. sedih, kecewa dan macam-macam perasaan yang ada dalam hati aku ini. apatah lagi bagi suamiku. ni dah 2x aku mohon pertukaran, tapi ianya bukan milik aku.. kali ke 2.. aku rasa dah give up.. orang cakap nak minta di kelantan memang susah, tapi nak keluar dari kelantan..memang senang, tapi aku..!kenapa la susah sangat nak keluar dari kelantan ni? huhu... aku tak tahu..aku tak tahu.. kasihan suamiku..!

ujian-ujian Mu ini sukar untuk ku tempuh.. aku tidak tahu bagaimana dengan suamiku.. namun aku tetap tempuhi segala ujian-ujianMu dengan hati yang tabah dan penuh redha.. Ya Allah..Kau kuatkanlah iman kami, janganlah Engkau biarkan hati kami bersedih.. Kau berikanlah kami ketabahan agar kami dapat menempuh segala cubaanMu dengan sebaik-baik iman.. amin..


sob..sob...sedihnya..huhuh



hehe

INCOMPLETE


Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya ruang hati
Tak ada seorang pun mampu menjawab..

Hanya padaMU ku bertanya
Pada setiap sujudku ini
Siapakah dia cinta untukku..

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah kerana luka mendalam
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku..

Rahsia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mahu sepi sendirian
Tuntun hatiku dalam sabar menanti cintaku..

Rahsia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mahu hidup keseorangan
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu..



hehe

PIALA MALAYSIA 2010 MILIK KELANTAN


Alhamdulillah..syukur...syukur..dengan rahmatMu Ya Allah..

Selama ini aku tak berminat dan tak pernah melihat perlawanan bola sepak,
mana-mana perlawanan aku tak pernah nak tengok..
namun malam ini, Kelantan vs Negeri Sembilan..
menggamit hatiku untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia di kaca tv.
inilah kali pertama aku menyaksikan perlawanan bola..
Astro Arena ku buka..
bersama abah dan ma, aku menonton..
dari detik separuh masa pertama ku tonton..
agak perlahan rentak pemain Kelantan menentang Negeri Sembilan..
gol pertama di mulakan oleh Negeri Sembilan..
namun pemain Kelantan tidak patah semangat..
mereka bangkit di masa kedua..
asakan demi asakan diberi..
akhirnya gol pertama dapat dimiliki..
serangan demi serangan dihantar oleh pemain Negeri Sembilan..
namun dapat dipatahkan pemain Kelantan..
semangat mereka belum lagi luntur..
bertubi-tubi Kelantan menyerang..
dan nah... 2-1...
kemenangan menjadi milik Kelantan, Red Warriors..
sejarah kini tercipta, The Red Warrior dapat menjulang Piala Malaysia...
Tahniah aku ucapkan kepada pemain-pemain Kelantan..
pasukan Red Warrior..
Alhamdulillah..sujud syukur padaMu ya Allah..
Red Warrior,
kaulah wira kebanggaan kami rakyat Kelantan..
TAHNIAH...
ALLAHUAKBAR...!





hehe

Kau dan Aku, masihkah ada cinta untukku..?




Tatkala aku memandang langit..
Hujan mula turun membasahi bumi..
Matahari pula berlindung dibalik awan..
Tiada lagi cahaya mentari..
Menyinari menyuluh alam bumi..
Yang ada hanyalah kelam..
Titisan hujan menyapu daratan..
Tinggallah aku sendirian..
Mencari secebis kasih cinta Sang Pencipta..

Jauh aku berkelana..
Bersama hujan bersama taufan..
Berjalan tanpa ku berhenti melangkah..
Biar kaki tersandung hebat..
Namun bangkit semula..
Biar darah mengalir laju..
Sakit ku tahan..
Demi menyusur jalanMu yang ku damba..
Mengharap sinar kembali ku temu...

Namun hujan terus menitis..
Sesekali lebat bersama kilat..
Terkadang ribut melanda kuat..
Namun kaki ku gagahi mengorak langkah..
Walau tersungkur di tengah jalan..
Takkan kembali berpatah pulang..


Masihkah ada harapan..
Masihkah ada sinar..
Masihkah ada ruang..
Sang mentari untuk kembali menyinari alam..
Bersama kasih Mu..
Bersama cinta Mu..

Masihkah ada harapan..
Masihkah ada cinta Mu untukku..
Bawalah aku.. Terangilah aku..
Dengan cahaya kasihMu itu..

Hentikanlah hujan..
Hentikanlah taufan bersama ribut..
Serlahkanlah Si Pelangi..
Menyeri angkasa..
Harapan untukku..
Kerna cintaku tetap padaMu..




hehe

Sekian Lama...







Assalamualaikum...

Sudah lama aku tidak ber-blogging.. sudah berbulan-bulan jugalah aku tidak menjenguk ruangan aku di alam maya ini.. apalah nasib.. mungkin sibuk dengan tugasan di sekolah sehingga aku lupa pada blog aku yang kiut-miut ni.. ceh..perasan lak..('',) ehehe.. biasala aku ni.. masuk dalam bakul, angkat sendiri..huhu..biasalah, kan kan..



Di sinilah tempat aku meluahkan apa yang tersirat dan yang tersurat dalam hati aku ni.. yang kecik, yang besar.. jika aku ingin luahkan..di sinilah tempatnya.. aku tak kisah ada orang baca ke tak.. asalkan aku dapat luahkan biarpun pada alam maya ini.. jika tak.. aku simpan dalam hati..tak kirala sampai bila pun..aku tetap kan simpan.. adakalanya sampai aku terlupa apa yang telah aku simpan dalam hati ni..(dah berkulat kot..hehe)..

Aku terharu hari ini..nak tau kenapa.. sebab ada juga la orang tu yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.. siang tadi dia bagitahu aku..yang dia ada baca blog aku ni dari awal2 aku tulis di sini...ribuan terima kasih aku ucapkan pada kamu,kerna membaca blog ini dan menyedarkan aku bahawa sudah lama aku tidak meng'update' blog ni.. syukran jazilan ya ustaz A...

Sudah setahun aku mengajar di sekolah ini... pelbagai pengalaman yang aku kutip..pelbagai kerenah manusia yang aku alami..(sebelum ni aku bolehla di anggap katak bawah tempurung..huhu) dan aku belajar mengadaptasi dengan masyarakat.. organisasi..dan juga keadaan sekeliling.. aku berjaya mengatasi beberapa kelemahan aku.. nak tau.. salah satunya.. aku ni seorang yang amat pemalu sebenarnya.. sebelum ni nak jalan aku kontrol langkah, nak makan depan ramai-ramai aku kontrol..tersipu2.. hua hua hua.. dan sekarang aku sudah dapat atasinya..

Alhamdulillah.. aku sudah pun lulus temuduga pelantikan ke jawatan tetap dan sudah pun dapat surat pengesahan pelantikan jawatan tetap.. untuk pengesahan penjawatan...aku perlu menghadiri kursus induksi.. itu je yang aku tunggu sekarang ni. hati senang la sikit.. kerana sudah terjamin masa depan aku. namun masih ada yang menyedihkan aku.. sedih kerana aku masih lagi berjauhan dengan suamiku.. huhu.. sedih yang teramat apabila permohonan pertukaran aku tidak diluluskan.. kini, kali ke-2, aku memohon.. aku harap sangat kali ini permohonan aku dipertimbangkan sewajarnya..dan diluluskan.. mudah-mudahan.. Moga Allah mengizinkan aku dapat bersatu kembali dengan suamiku..



Corat-coretku sampai di sini dahulu.. Akan ku ber-blog lagi di lain masa.. Jumpa lagi.. daaaa



hehe

Loneliness Knows Me by Name

Loneliness is always looking for a friend
It found me once and it has been around since then
Loneliness is never waiting by the door
It sweeps right through and it will never be ignored
Why, why was I chosen?
Why am I left without?

The love of my life, the love that I need
The love that they say is in life for free
The love of dreams, the love that I want
Loneliness knows me by name

Loneliness knows everything I keep inside
My endless thought in the silence of the night
Loneliness is the one who made me see
Ain't nobody else who can make a change but me
Why, why was I chosen?
Why am I left without?

[Chorus]

Life is more and that would be the vacant space
The cried out tears and a never ending maze
I have found what only loneliness provides
A strength within knowing I will find

I am Lonely without You...




hehe

Petua 8P Ustazah Siti Nor Bahyah




1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.



hehe

Setahun Usia Kita



Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah..
di atas segala rahmat dan berkat Mu..
Kami bahagia..
biarpun berjauhan..
dan sering merindui
tetapi semua ini mengajar kami
erti kesabaran dan keredhaan..
Sudah setahun usia kami bersama
dalam melayari alam rumah tangga..
pahit dan manis kami kecapi bersama..

Ya Allah..
Indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimahMu yang suci..
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-MU..
Jadikanlah mereka ya Allah, teladan yang baik bagi manusia..
Penuhilah kami dengan amal soleh yang Kau Redhai..

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan...
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahayaMu..
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi...

Ya Allah.. Kurniakanlah kepada kami dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohanan...

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.

Amiin…






hehe

Sabarlah Wahai Hati




Sabarlah...Allah ada bersamaku...

ku pujuk hati...agar tidak terus tenggelam dalam kegusaran...

Subhanallah..
Maha suci Allah yang menciptakan ketentuan...
walau pada awalnya, itulah jalan yang terbaik..namun, rahsia Allah tetap rahsia..
disembunyikan dari pengetahuan manusia...

janjiNya...


" dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" ~ Al-Baqarah: 155.

Dia memberi ujian hanya dalam sekelip mata...
lantas dibiarkan manusia itu mencari jalan keluarnya sendiri...
dibentangnya jalan dengan cara yang cukup terseni...diilhamkan penyelesaian yang hanya mampu dilihat oleh hati nurani...

nah...!!!..sekarang...selesaikanlah sendiri....
kamu mampu...

"dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada satu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi(dirugikan)"~ Al-Mu'minun:62

ya!!...
kamu mampu..
mana mungkin Allah menguji sesuatu buat hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu kau tanggung..

wahai hati...
renunglah sedalam-dalamnya...
ya..mungkin pilihan yang kau pilih adalah yang terbaik untukmu..
Allah tahu...betapa kau telah berusaha sebaiknya...tapi pernah kah kau fikir, kenapa Allah masih memberi kesukaran buatmu?

renunglah dengan mata hatimu...
diamlah sejenak...

pertama..wahai hati..
berbaik sangka lah pada Allah..Tuhan yang menganugerahkan ujian ini kepadamu...
jangan Kau fikir yang bukan-bukan pada ketentuan Allah...Allah tahu setiap sangkaanmu padaNya...baca ini..

Firman Allah swt (Hadist Qudsi): " Aku mengikuti persangkaan hambaKu terhadap diriKu menurut apa yang disukainya".~ al-Hadist.

mana mungkin Allah tidak mengerti hati hambaNya..bukankah kita dulu asalnya dari sesuatu yang kotor?
daripada sekecil-kecil diri..kini sehingga dewasa hanya dibesarkan dengan rezeki dariNya...
Allah mengangkat darjat kita menjadi mulia malah lebih mulia dari ciptaan Allah yang lain.
namun, bila Allah datangkan sedikit cubaan semata-mata untuk menguji keimanan, pantaskah kita untuk terus menghukum ketentuanNya?

belailah jiwa...
apa yang Allah cuba lakukan ini adalah suatu ketentuan yang tersirat dalam rahsianya...
pasti Allah sebagai Pencipta segalanya punyai jawapan atas setiap ciptaanNya....

wahai hati...
kedua..fikirlah ini...
dulu, kau pernah berkata ; "Ujian tanda kasih sayangNya..
dan ujian adalah anugerah Allah untuk mengangkat darjat hambaNya.."
lupakah engkau pada ucapan yang keluar dari bibirmu sendiri..
di saat engkau diberi peluang memberi tazkirah pada satu halaqah..disaksikan sahabat-sahabatmu..?
hmm..lupa ya...

inilah peluangnya untuk kau buktikan kata-katamu itu...
kerana..sampai satu saat..Allah pasti akan menguji kita atas sesuatu yang pernah kita ucapkan...
untuk membuktikan sejauh mana kita mengimani ucapan itu..

ingat..!!
"iman itu adalah cabaran..!!"
engkau boleh mengaku engkau mencapai tahap iman andai kau lepasi ujian ini...
lupakah engkau pada kata-kata hikmah Allah...

" sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk kami menguji mereka, siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya"~ Al-kahfi:7

hatiku...
kamu inginkan syurga Allah..kan?

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"~ Ali-Imran:142

hmm..inilah yang perlu engkau taruhkan...
mana mungkin kamu akan mendapat hadiah syurga dari Allah andai ujian sebegini kamu tidak mampu hadapi...mana mungkin...
sedangkan dihadapanmu yang Allah hijabkan pandangan, terbentang 1001 lagi cabaran..
yang lebih hebat lagi...
xkan ujian sebegini sudah membuatkan kamu lemah..lantas menghilangkan nilai kebergantungan pada Allah...
kalau begini sikapmu wahai hati...
macam mana kau nak hadapi ujian yang mendatang?

renunglah....

ketiga...wahai hatiku sayang...
lihatlah....
Allah itu sangat Penyanyang...
bermula dari celiknya matamu awal pagi...telah sedia terbentang nikmat Allah buatmu tanpa sempat kamu pinta...
dan kini...ujian mendatangimu...
Laa Tahzan...jangan bersedih...

kalau engkau masih bersedih wahai hati...
ke sini..dekat denganku..
ingin aku khabarkan berita baik untukmu...
bukan dariku...
tapi berita ini dari Allah...
buatmu andai engkau menghayati setiap apa yang Allah kiaskan dalam Qalam SuciNya ini...

" Sesungguhnya orang-orang yang berkata,'Tuhan kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak(pula) bersedih hati. Mereka itulah para penghuni syurga, kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan."~ Al-Ahqaf:13-14.

lihat..
betapa Allah Maha Memahami...
dipujuk hatimu sedemiakian rupa...
lantas dijanjikan lagi dengan 'hadiah' yang paling istimewa..
cuma..satu perkara yang perlu kamu pertahankan..
adalah..'sabar'...
sabar dengan ujian dan sabar menanti anugerah dari Allah...

sekarang..
wahai hatiku...
pandanglah semua ini dengan mata hatimu sekali lagi...
bangkitlah...bangun...
cari rahsia yang Allah sembunyikan dalam Qalam Suci, Al-Quran...
susunlah langkahmu...
pasti ada jalan keluar...

Allah Maha Mengetahui...
berusahalah...
walaupun usahamu tidak membuahkan hasil...
tapi Dia tahu engkau telah sedaya upaya berusaha mencari jalan keluar dengan cara yang paling diredhaiNya...
yakinlah...
sabarlah...
malah apapun yang kau cuba jauhkan..diamkan..atau sembunyikan...pantas Allah lebih mengetahui..

"katakanlah: jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya: Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" ~Ali-Imran:29

wahai hati...

apapun jua ujian yang bakal mendatang setelah ini...kuatlah kebergantungan mu padaNya...Ilham yang terbentang..gunakanlah sebaik-baiknya..carilah rahsia disebalik rahsia yang disembunyikanNya...engkau pasti akan menemuinya...

janji Allah itu PASTI..!!! InsyAllah..


.....Sabarlah wahai hatiku...dan hatimu jua.....

hehe

Hati








Aduhai hati,
Bersabarlah..bersabarlah..bersabarlah..
Aduhai hati..
Bertasbihlah..bertasbihlah..bertasbihlah..
Moga dengan bertasbih memuji Ilahi..
Mengubat rinduku pada mu..
Yang jauh di mata..
namun di hati selalu ada..

Wahai hati..
Usahlah gundah gulana..
Wahai hati..
Usahlah terasa sunyi..
Tuhanmu masih ada..
Allahu Akbar..
Aku masih ada Dia..
Untuk mengadu rasa yang ada..

Aduhai hati..
Bersabarlah..Usahlah terasa jauh..
Hakikatnya dihati sentiasa dekat padanya..
Aduhai hati..
Bersabarlah..Hakikat telah tersurat..
Hikmahnya adalah yang tersirat..

Wahai hati..
Janganlah merasa kelam...
Masih ada cahaya cinta nan Satu..
Buat meniti hidup tanpa si dia di sisi..
Wahai hati..
Bersabarlah..
Andai ada waktunya..
Hati ini takkan sunyi lagi..
Hanya Dia yang mengetahu..
Ku serah hati padamu Ilahi..




hehe
 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner