Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?


















Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan

elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.


Sumber: http://anggunayu.com/modules.php?op=modload&name=Web_Links&file=index&req=viewdetail&lid=63&theid=44&theid=

Ramadhan kembali lagi

Alhamdulillah..
Aku masih lagi dpt mendampingi Ramadhan pada tahun ini dengan penuh syukur aku panjatkan padaNya.. dan semestinya kali ini aku menyambut Ramadhan bersama suami tersayang.. Semoga Ramadhan tahun ini sama2 kami lalui penuh dengan rahmat dan keberkatan.. Mudah mudahan, insyaAllah..

Adab Bersin Tambah Rahmat, Mampu Elak Penyakit

Rasulullah ajar doa untuk kesejahteraan umat bukti Islam sediakan cara hidup sempurna. DEMAM, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut berpuluh nyawa turut menghalang kita meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.

Benar hanya Allah SWT yang menentukan sesuatu berlaku, tetapi makhluk wajib berikhtiar menjauhi kebinasaan sama ada di dunia atau akhirat.Justeru, dalam keadaan genting seperti hari ini, umat Islam perlu lebih tekun bertahajud dan berdoa (al-ma'thurat khususnya) seperti dilakukan Rasulullah SAW dan mengetahui cara hidup Islam sebenar, termasuk ketika menghidapi penyakit berbahaya.

Antara tanda awal selesema babi ialah demam diikuti selesema, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Kebiasaan orang yang menghidap selesema akan bersin dan berasa tidak selesa.

Memang ia agak menyukarkan, tetapi ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya beradab ketika bersin seperti menutup mulut dan menahan suara supaya tidak terlalu kuat yang sedikit sebanyak mengurangkan penularan wabak penyakit.

Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memuji-Nya. Dengan pujian itu, saudara atau sesiapa yang mendengar lafaz 'Alhamdulillah' yang diucapkan akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali.

Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan 'Alhamdulillah' didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz "Yarhamukallah'.

Berapa ramai yang mendoakan orang bersin dirahmati Allah? Dengan wabak yang menular, kita wajar saling mengingatkan mengenai penyakit itu, di samping mengambil langkah pencegahan agresif.Kita juga perlu kembali kepada cara dan panduan dianjurkan agama dan tahu ungkapan yang disebut sesudah bersin adalah hikmah yang sungguh bermakna dan tidak menyamai ungkapan lain.

Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari maksudnya: "Jika seorang antara kamu bersin, hendaknya ia mengatakan Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah). Kemudian saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu)."Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, maka ia mengucapkan Yahdikumullah wa yushlih balakum (mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk-Nya kepadamu dan memperbaiki keadaanmu.

"Dalam hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyintai bersin dan membenci menguap. Jika ada antara kamu bersin dan memuji Allah Azzawajalla, wajib bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah."

Menguap berasal daripada syaitan. Jika ada antara kamu yang menguap, ia perlu menahan sekuat tenaga kerana jika menguap, maka syaitan akan mentertawakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)
Memang tiada sesiapa pun yang memuji Allah selepas menguap, malah kadangkala terlupa untuk menutup mulut, tetapi hakikat bahawa Allah menyukai bersin kerana ia akan memuji Allah, jika tidak ia tiada bezanya dengan menguap.Bahkan orang yang mendengar sesiapa yang bersin dan tidak mengucapkan 'Alhamdulillah' tidak perlu mendoakannya atau mengucapkan 'Yarhamukallah'.

Rasulullah SAW turut menjelaskan hal sedemikian dalam sabda Baginda mafhumnya: "Jika seorang antara kalian bersin kemudian memuji Allah (hamdalah), maka doakanlah ia. Jika dia tidak memuji Allah maka jangan kalian mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)Pernah berlaku satu keadaan di mana terdapat dua orang lelaki yang bersin di hadapan Rasulullah SAW dan Baginda mendoakan salah seorang lelaki berkenaan.

Kemudian orang yang tidak didoakan oleh Rasulullah itu bertanya kenapa Rasulullah tidak berbuat demikian kepadanya (iaitu berdoa), lalu Rasulullah menjawab: "Yang ini memuji Allah tetapi engkau tidak memuji Allah."Selain memuji Allah SWT, perbuatan saling berdoa yang kita lakukan menunjukkan hubungan persaudaraan yang teguh dan manis, kasih sayang yang kuat dan utuh antara saudara seagama.

Begitulah cara hidup Islam, apa saja yang dilakukan terangkum dalam peraturan sempurna demi mendapat rahmat Allah yang turut merangkumi kesihatan yang sejahtera.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri SembilanSaya sekadar menyampaikan ilmu yang saya perolehi.Di petik dari Berita Harian 13 Ogos 2009

Enam Isteri Yang Menjahanamkan Suami

Kenyataan bahawa setiap di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijak dan berjiwa besar merupakan satu kenyataan yang lumrah diterima di mana-mana. Si isteri mempunyai serampang mata dua yang sakit, ia boleh membuat suaminya hidup bersemangat, bercita-cita tinggi, gigih dan ia boleh membuat suaminya menjadi seorang yang lemah, patah hati , tidak percaya diri sendiri, pengecut, ragu-ragu dalam membuat keputusan-keputusan dan bertindak. Sikap dan perhubungan seorang isteri dengan masyarakat juga merupakan satu faktor yang menentukan nama baik suaminya di kalangan orang ramai, kerana tingkah laku sosial seorang isteri tidak boleh dipisahkan dari nama baik suaminya. Dalam kehidupan rumah tangga ada enam isteri yang membawa kesiksaan-kesiksaan jiwa kepada suaminya sehingga membuat mereka tidak bersemangat untuk melaksanakan kejayaan-kejayaan baru dalam hidup.

( 1 ) Isteri yang tidak tahu membuat keputusan Dia seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Dia hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara titik bengik mengenai kepentingan-kepentingan diri setiap hari dan tugas-tugas kecil mengenai hal-hal rumah tangga saja. Selain dari itu seluruh persoalan hidup yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu mengambil keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut rumahnya dengan yang lebih menarik, tidak tahu mengambil keputusan terhadap kelakuan dan tindak tanduk anak-anaknya, tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang wajar dan teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap dengan jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya, malah ia tidak tahu menentukan barang-barang yang perlu dibeli untuk kepentingan rumah tangganya, malah kadang-kadang ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan yang patut di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari suaminya. Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya. Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya. Dia selalu saja diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus dari isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. Akibatnya bukan saja membuang waktu suaminya yang berharga malah menghalangi dari memikirkan sesuatu yang lebih serius dan berguna kepada kemajuan dan kemajuan hidup.

( 2 ) Isteri yang selalu mengomel / berleter Dia selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda semua tindak tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja cacat celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus menyerang dan menganggu. Dia tidak segan-segan memperkatakan kelemahan-kelemahan suaminya kepada orang lain. Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan. Lebih jauh dari itu dia begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan yang tidak adil dengan suami-suami orang lain. Untuk mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya lebih suka berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh malam, dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan catur dan daun terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan yang lain atau pada minuman-minuman keras. Seorang suami yang bernasib baik sedemikian tidak lagi mempunyai kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan hidupnya dan hidup anak-anaknya. Ia seorang suami yang begitu bosan dengan hidupnya.

( 3 ) Isteri diktator Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan suaminya. Setiap kali suaminya pulang dari luar dia akan memeriksa saku suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya akan membelanjakan wang yang diambilnya petang tadi. Dia bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan kawannya. Akibatnya si suami itu menjadi seorang yang tidak berperibadi, lemah dan lumpuh di dalam segala-galanya. Dia menjadi bahan ketawa kawan-kawannya dan tentulah suami yang seperti itu tidak mempunyai kesempatan-kesempatan dan dorongan-dorongan yang wajar untuk hidup dengan lebih maju dari kedudukannya yang ada sekarang.

( 4 ) Isteri yang suka campur tangan Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu. Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campurtangannya itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pejabat atau majikannya dan menimbulkan kebencian pada mereka. Kadang-kadang hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan majikan itu menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah suaminya pada pandangan orang lain .

( 5 ) Isteri yang boros Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya. Atas anggapan inilah ia memboroskan pendapatan suaminya dengan membelikan barang-barang yang mewah dan mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan mangkuk yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang mewah yang tidak diperlukanya. Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam hutang yang meyerabut kepalanya. Biasanya dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan lemah itu di depan kenyataan yang pahit. Akibatnya suami menjadi begitu lemah dan lumpuh. Jiwanya ditekan berbagai-bagai kerunsingan yang menjejaskan kecekapan dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidk lagi mempunyai kesempatan-kesempatan untuk memajukan dirinya.

( 6 ) Isteri sosial Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan sosial tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya, kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam. Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah. Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu sosial itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya. Kemudian dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya dengan suami-suami sahabatnya yang bergaji besar dan mewah dengan tujuan agar suaminya juga berusaha mencapai taraf hudup seperti itu. Oleh kerana suaminya tidak mempunyai asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya semakin lemah dan oatah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhan yang menyedihkan. Seorang isteri bukan saja memegang kunci kebahagian dan ketenteraman jiwa suaminya, malah ia memegang kunci kejayaan hidupnya

Istimewa Wanita

  • wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh allah kerana seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat...
  • wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan...
  • wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah" Allah akan memberkati rezekinya..
  • wanita yang menya pulantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu di Baitullah...
  • wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari...
  • wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari...
  • wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji...
  • sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan di kira sebagi mati syahid...
  • jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat...
  • jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya...
  • jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa...
  • jika wanita memicit suami tanpa di suruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan wanita memicit suami bila di suruh akan mendapat 7 tola perak...
  • wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga...
  • jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat...
  • semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memeberati auratnya iaitu memakai purda di dunia ini dengan istiqamah... .

Alhamdulillah

Alhamdulillah, hampir 3 bulan sudah perjalanan hidup aku yg bergelar isteri.. dan alhamdulillah jg ku panjatkan padaMu ya Rabb..kerna mengurniakan aku seorang suami, peneman hidup ku yang bersisa ini, seorang yang memahami..penyayang, bertanggungjawab..walaupun kadang2 ada jg sikapnya yg tidak aku senangi..namun aku lebih melihat pada kelebihan, dan kekuatan yang dia ada.. dan apa yg kurang padanya akulah pelengkap pd dirinya.. mudah mudahan kami sama-sama tabah dalam menjalani hidup kami berdua..


Aku kini sudah bekerja..namun kerja hanya utk 6 bulan.. kontrak saja.. walau apa pun ada la jgk duit saku skit2..dapat la aku cover apa yg xdapat hubbyku cover.. insyaAllah, aku sanggup berkorban apa saja demi sebuah rumahtangga yg kami berdua bina...moga2 rahmat dan berkat Allah bersama kami.. InsyaAllah..

 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner