Menjana Isteri Solehah Dalam Dunia Kotemporari..

Dalam penghidupan manusia sejagat,lelaki dan perempuan berpasang pasangan bagi memenuhi tuntutan fitrah semulajadi.Segan ataupun malu kita sebagai anak gadis harus menerima setiap tahap penghidupan kita sebagai seorang wanita.Antara tahap yang bakal kita lalui ialah sebagai seorang isteri kepada sang suami,tetapi bagaimanakah kita untuk mencapai taraf sebagai isteri solehah yang di kehendaki oleh agama kita.......?

Kenapa disyariatkan sebuah perkahwinan..?

>> Menjaga nilai kemanusiaan
>> Menyelamat nasab keturunan daripada tercemar
>> Mewujudkan kerjasama dikalangan suami isteri
>> Melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW
>> Menghindari dari sebarang penyakit yang berkaitan.

Panduan untuk kita ikuti :
# Manhaj al-Quran al-Karim
Di dalamnnya terkandang banyak petunjuk dan pedoman untuk kita ikuti.Salah satunya surah an-Nisa,at-Talaq dan lain-lain.

# Sunnah Nabawiyyah
Carilah mana-mana hadith yang berkaitan dengan dunia wanita kerana Saidatina Aisyah sendiri merupakan seorang berpengetahuan luas dalam hukum-hukum berkaitan dengan kewanitaan sepertimana pernah di riwayatkan beliau telah mengajar seorang wanita Arab pada untuk mandi hadas besar/mandi junub secara hakiki.

Bagaimana untuk menjana isteri yang solehah..?

~ Seorang isteri hendaklah mempunyai ilmu-ilmu rumahtangga.
Ilmu - ilmu yang dapat memperindahkan lagi suasana rumahtangga yang harmoni.Ilmu ini banyak kita perolehi contohnya bertanya daripada orang-orang yang telah lama berkahwin ataupun melalui pembacaan.

~ Penjagaan diri dalaman dan luaran
Seorang isteri hendaklah menjaga dirinya dari luar dan dalam agar dapat menambat hati suami.Contohnya senantiasa membersihkan tubuh badan dan berbau wangi .

~ Moral dan akhlak
Dalam hal ini,segala tingkah laku isteri haruslah terjaga.Apabila bergelar seorang isteri kepada seorang suami,semuanya akan berubah tidak akan sama pada zaman bujangnya.Tangungjawab pada suami didahulukan.

~ Spiritual dan kesabaran
Dalam hal ini ketaatan dan kepimpinan dalam menjadi sayap kiri suami harus cekap.Pandai menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik tanpa menimbulkan pertelingkahan.Seorang isteri harus membentuk kendiri,memahami psikologi lelaki kerana penghidupan adalah berdua bukannya hanya mementingkan perasaan sendiri.

~ Meletakkan ajaran agama sebagai asas
Agama Islam telah mengajar kita tentang tanggungjawab seorang isteri terhadap suami dan sebaliknya.Apabila kita mengamalkan agama maka secara totalnya kita mengamalkan isi kandungannya.

Berkata Said Hawa, usrah solehah adalah terdiri daripada :
>> Thaqafah dan ilmu
>> Akhlak
>> Mempunyai wawasan masa depan
>> Penyusunan dan penyatuan hidup
>> Pelaksanaan

Ciri-ciri usrah solehah :


>> Pemilihan pasangan berasaskan orang yang bergama
>> Sentiasa kukuh dan teguh perhubungan
>> Hidup dalam suasana riang,tenteram,damai dan hormani
>> Memelihara syariat
>> Memandang dan menghormati agama
>> Dakwah dan tarbiyyah terlaksana 
>> Sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmat Allah SWT.

"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." 

Ciri2 wanita dan isteri yg solehah



1. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehendaknya sendiri.

2. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya,
bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan.
 
3. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa  berhias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.

4. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersedia melayani dan memenuhi
kehemdak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan.

5. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan
kesempurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak suaminya.

6. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mencintai dan menghormati kelluarga suaminya seperti mana ia mencintau dan menyayangi keluarganya sendiri.

7. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya.

8. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara- perkara yang tidak sihat dan mungkar.

9. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat.
 
10. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan.

11. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga rahsia serta maruah suami dan keluarganya, demikian juga dengan maruahnya sendiri.

12. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki. 
 
13. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara’.

14. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasamemohon keizinan suaminya jika
mahu mengerjakan puasa sunat.

15. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan kepada suaminya.

16. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang.

17. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang tidak membenarkan lelaki bukan mahram
memasuki rumah ketika ketiadaan suami.

18. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.

19. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa berdiam diri dan mendengar bila
suaminya sedang bercakap.

20. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang tidak meminta sesuatu yang lebih dari suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk menunaikannya.

21. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menerima pemberian suaminya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan.

22. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang bijak menguiruskan harta suami dalam
berbelanja dengan kadar yang sederhana dan tidak membazir.

Jun 2009/Jamadilakhir 1430H

Sudah lama aku tak update Ceritera Si Pelangi.. Cerita yang berkisar tentang diriku.. tentang suara hati.. rencana2 dan artikel yg menarik hati ini... Buat pembaca Pelangi, semoga kalian semua dirahmati dan di bawah lindungan Allah SWT selalu.. 

Kini, sudah hampir penghujung bulan Mac, dan peng-awal bulan rabiul akhir.. kini tinggal lagi 2 bulan aku akan mengakhiri zaman bujang ku, dan InsyaAllah pada tanggal 3hb Jun 2009 bersamaan 9 Jamadil akhir... aku akan bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki bergelar suami. Impian ku.. aku mengimpikan rumahtangga yang akan terbina kelak dirahmati dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT..menjadi keluarga yang Sakinah,Mawaddah dan Rahmah dalam ketaatan kepadaMu serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..

Aku ingin menjadi seorang isteri yang melengkapi hidup si suami..melaksanakan tanggungjawab isteri..yang sentiasa mendoakan suaminya..yang sentiasa menjaga hati suami..yang menyedekahkan sesuatu atas nama suaminya.. yang menjaga nama baik suaminya..itu juga impian ku bila menjadi seorang isteri dengan izin Allah SWT….

Seorang isteri penuh dengan tanggungjawab yang diamanah kan oleh Allah SWT.. bolehkah aku menggandang tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya?? InsyaAllah..aku cuba..menjadi isteri yg solehah... 

InsyaAllah, bermula  Jun 2009 ( Jamadil Akhir 1430 H) maka bermulanya kehidupanku sebagai seorang isteri, pelengkap hidup seorang suami.. semoga Allah mempermudahkan akad dan nikah..mempermudahkan segala urusan kami berdua..  Amin...




Laut dan Pantai II



ku tahu 
laut yang luas itu 
turut dihiasi pulau-pulau 
yang menjadi teman laut dikejauhan 

kadang-kadang pantai lupa 
betapa pulau-pulau indah itu 
lebih mengasyikkan dari pantai 
lebih penting bagi laut 

kehadiran pulau-pulau kecil itu 
sebenarnya menjadi penghubung 
laut dan pantai 
menjadi penyeri 
menjadi peneman 
kerana pantai hanya diam ditepian 
cuma menunggu laut datang bertandang 
sedang pulau-pulau itu berada di sekeliling laut yang tenang 

benarlah kata laut 
masih banyak pantai yang lain 
pantai lain yang bisa menjadi penunggu laut 
tetapi.. 
pantai ini 
tetap disini 
kerana pantai tahu 
walau berjuta pulau menemani laut di tengah sana 
laut akan tetap datang kepada pantai ini 
laut tetap mencari pantai yang satu ini

 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner