Alhamdulillah




Alhamdulillah, syukur pada Allah segalanya berjalan dengan baik. Majlis konvokesyen yg ke 8 berlangsung dengan suasana yang meriah walaupun ada yg kurang memuaskan hati namun semuanya berjalan lancar. Aku antara graduan yg hadir pada hari itu 22hb November berasa sungguh bertuah.. Gembira dengan pencapaian ku.. namun dlm kegembiraan bersama sahabat2 ku.. sedikit kecewa kerana org yg penting dlm hidupku tidak dapat hadir sama menyaksikan aku mengambil skrol ijazah di atas pentas.. apa-apapun aku gembira.. aku dh kembali ke rumah..

Fly again to Kajang, Putrajaya

Wah..wah.. rabu malam aku akan bertolak ke Kajang balik, dengan bas jer.. bukan dengan flight.. hehe... saje2 je letak fly kat tajuk.. :soldier_34:..hehe..
aku kembali ke Kajang sebab pada hari sabtu nanti adalah Hari Konvokesyen Unitar yang ke 8
dan aku adalah salah seorang graduan yang akan naik atas pentas bagi menerima skrol ijazahku..
dalam bidang pendidikan....
hehe..:soldier_60:

dan pada hari bersejarah tu jugaklah,
tunangku juga adalah graduan yang bakal menerima skrol ijazahnya..
dalam bidang teknologi maklumat..
:soldier_53:

jadi kami sama-sama menerima skrol ijazah masing-masing pada Hari Konvekesyen Unitar yang ke 8 pada 22 hb November 2008..

bercerita nk ke Kajang lebih awal sebab aku perlu uruskan hal2 yang perlu diuruskan terlebih dahulu sebelum majlis konvo tersebut di Unitar Kelana Jaya..

By the way.. nanti jumpa lagi...
:puteh_27:

Selesai temuduga

Alhamdulillah.. aku sudah pun selesai menjalani temuduga ku.. pengalaman pertamaku temuduga..
:puteh_23: hik hik...

Seawal jam 7.oo pagi aku bertolak dari Kajang ke Kuala Lumpur.. :mRempit:Sampai di ibu pejabat MARA Jalan Raja Laut pada jam 8.15 pagi.. ketika itu sudah ada beberapa orang calon temuduga yang lebih dahulu sampai.. masing-masing bertemankan ibubapa mereka... aku pula Mak Tam dan Syasya yang hantar kemudian aku suruh mereka balik dulu.. Jam 8.30 pagi barulah pejabat dibuka.. aku sempat berkenalan dengan beberapa orang calon temuduga.. rata-rata mereka berusia kurang dari aku.. malunya aku..:cinonet_30:nampaknya aku memang tua dari mereka.. huhu.. :puteh_13:..

Sebaik ke tingkat 7, calon-calon temuduga berkumpul di ruang yang disedia.. dan diarahkan mengisi borang dan menandatangi kehadiran. Calon-calon temuduga pagi tu ramai jg.. buleh ku bilang dalam lingkungan 20 hingga 30 orang. Selesai mengisi borang barulah temuduga berjalan..
Memang saat menunggu tu aku rasa takleh duk diam bila tengok orang asyik berbual bila bertemu dengan member.. lepas tu ade yang duk membaca, menghafal.. huhu.. rasa resah gelisah tu ade..:puteh_4:tapi aku buat cool jer....:puteh_19:.. aku ada baca ayat Qursi dan Al-Fatihah.. buat menenangkan hati, dan pelembut hati panel2 penemuduga.. huhu...

Pukul 11 lebih.. barulah tiba giliran aku... alahai berdegup juga jantungku.. rasa macam nak pitam jer:pingu_11: tapi aku kuatkan semangat....

Alhamdulillah, lebih kurang 25-30 minit dalam bilik temuduga.. akhirnya aku keluar.. fuhhh..lega rasanya...:cinonet_24: tinggal satu jer lagi.. mikro teaching... jam 12.45 tghari baru namaku dipanggil untuk mikro teaching.. gugup aku tengok panel.. :mPeluh: mereka nampak garang.. huhu.. tak macam panel yang temuduga tu.. dengan gugup gentarnya aku teruskan mikro teachingku selama 9 minit.. Alhamdulillah aku buleh teruskan mikro teaching tu dengan baik walaupun rasa macam tak best jer aku buat.. huhu...

Alhamdulillah.. Semuanya dah selesai.. :pingu_13:aku dah kembali ke rumahku di Kelantan..
Mudah mudahan.. keputusan temuduga tersebut berpihak padaku.. Dengan izin Allah..
Jika ianya bukan rezekiku ku anggap itu satu pengalaman pertama temuduga ku....
Mudah mudahan rezekiku ada selepas itu... :girl_9:..

Sebelum mengetahui keputusan temuduga tu bulan Januari@Februari tahun depan.. aku harus cari kerja lain...:pingu_18:


Oklah... jumpa lagi...:puteh_27:

Sungguh! Kami Malu Kepada-Mu…




Ya Allah…
Dengan segala kerendahan kami bersimpuh di hadapanMu
Memohon segala petunjuk dariMu
Berlindung dari segala kesesatan dan kekesatan yang bersemayam di hati
Tiada kekuatan yang mampu menolak segala keburukan kecuali berasal dariMu
Sesungguhnya kami malu
Meski hanya sekadar lintasan hati untuk meminta kepadaMu

Ya Allah…
Setiap detik Engkau penuhi keperluan kami
Nafas yang kami hirup
Tiada pernah Engkau minta untuk diganti dan Kau henti
Sedang kami enggan berkongsi dan seringkali berhitung atas berkurangnya

Ya Allah…
Kau jernihkan mata ini untuk memandang segala yang ingin kami pandang
Tidak pula kaki, tangan, hati dan fikiran
Namun bukan wujud kesyukuran kemana kami arahkan
Ternyata laranganMu lebih manis sebagai pilihan

Ya Allah…
Sesungguhnya catatan maksiat diri kami terlalu panjang
Tak mampu terhitung sebanyak butiran pasir
pun titisan air di lautan
Dan amal baik kami pun belum tentu mampu menjadi penyeimbang

Ya Allah…
Masih layakkah kami meminta?
Sedangkan hakMu sebagai Tuhan lebih banyak kami abaikan

Wahai sahabat…
Siapakah zat yang sesungguhnya kita perlukan?
Saat kesedihan dan melilitnya kesempitan hati?
Saat bergoncangnya bumi dan Jauhnya rezeki?

Wahai sahabat…
Jujurlah pada hati
Bukankah hanya Allah zat yang sesungguhnya layak menjadi sembahan?

Going To Kajang, KL


Malam ni aku akan bertolak ke Kajang, bas pukul 9.00 malam.. :mRempit:Lusa plak 11 hb.. aku akan menghadirkan diri di pusat temuduga di KL.. Gementar tu ada.. :puteh_4: Tapi aku tidak tahulah apa yang akan terjadi nanti.. Mudah mudahan segalanya berjalan dengan baik.. Mudah mudahan Allah memberi ketenangan dan kemudahan padaku untuk menjawab soalan yang ditanya nanti. Hanya apa yang mampuku lakukan adalah usaha, berdoa dan bertawakkal. Ku sandarkan segalanya pada Allah.. Apa yang aku perlukan sekarang adalah keyakinan untuk menghadapi panel2 nanti.. :puteh_6: InsyaAllah... Akan ku lakukan yang terbaik untuk diri ini..
Sampai jumpa lagi yer.....:puteh_27:
 

Ceritera Si Pelangi © 2008. Design By: SkinCorner